Sunday 4 December 2011

Fanfiction 6 :We Are Best Enemies

Title:We Are Best Enemies
Artists Involved:Hyun Chul , Mika , Jay (The Boss /Dae Guk Nam Ah)
Main Character:Nad and Hyun Chul
This Fanfiction : Is belong to Ryo Chiyoko and sincerely for Nurnadiah Fasihah




 Hati Nad terasa sungguh pedih tatkala Jay berangkat ke New York tanpa pengetahuannya.Kini , tinggal lah dia bersama abangnya Mika berdua di Namwon.Hari-hari yang dilaluinya tidak lagi indah seperti dulu kalanya.Jay yang begitu dicintainya pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal mahupun apa-apa pesanan.Kehidupannya menjadi begitu kosong umpama malam yang sepi tanpa bintang.(takleh belah)

"Sabar lah Nad...Dia mesti ada alasan yang tersendiri punya.Aku tak percaya lah dia sanggup buat macam ni kat kau" Pujuk Mika apabila melihat Nad yang seumpama mayat hidup.
"Erm."Jawab Nad sepatah.
"Takkan lah kau nak terus macam ni kan?Hey.Tolong lah..Mana pergi Nad yang happy-happy dulu?"Soal Mika.
Nad menjawab soalan Mika dengan bahunya "Maybe dah mati." Kata Nad sambil meneruskan langkahnya untuk keluar..

Mika putus asa untuk memujuk Nad.Mungkin cuma Jay yang mampu untuk membuatkan Nad ceria kembali.Tapi malangnya,Jay tiada di sini.Bodoh betul Jay ni.Lain kali bagitau jelah.Bukan susah pun.Guna mulut je.Everything will be settle.Oh menyampahnya lah.Kenapa lah Nad boleh couple dengan mamat macam tu.Menyusahkan!
"Gile lah macam ni.Bodoh la Jay ni!!Kalau aku jumpa dia mampus aku kerjakan.Tak pasal-pasal Nad jadi macam ni"Getus Mika sendirian.Buku-buku yang berada di atas mejanya itu dicampak keluar dari tingkat dua sehingga terkena kepada orang yang lalu lalang.Dan kebetulan pula orang yang lalu lalang itu adalah sahabat baiknya Hyun Chul yang baru pulang dari London.

"Ugh.Benjol kepala aku.Apesal buku ni tiba-tiba boleh melayang dekat sini.Berhantu ke rumah si Mika ni?"Bebel Hyun Chul sambil menggosok-gosok kepalanya.Dengan pantasnya dia menekan loceng pintu rumah Mika berulang kali.Tetapi tidak seorang pun yang menyahut.Tiba-tiba Nad yang baru pulang dari kedai menyapanya dengan muka tercengang."Awak siapa?Buat apa dekat sini?"Soal Nad.
"Oh , ini isteri Mika ya?Selamat berkenalan.Tak sangka Mika dah kawen ek?Mentang-mentang dah lama tak jumpa aku.Kawen pon tak bagi tau.Dah ada berapa orang anak lar agaknya.Erm , by the way . Saya Hyun Chul.Kawan Mika :D"Balas Hyun Chul dengan muka innocent serta lurus bendul.
"Apa awak merepek ni =="..Mika is ...." belum sempat Nad menghabiskan bicaranya Hyun Chul menyampuk."Alah,tak perlu malu-malu.Takpe , mengaku je lah awak isteri dia.."
Nad semakin bengang "Masalahnya , aku bukan isteri dia!!Aku adik dia lahh!!Ketepi lah kau!"Kata Nad dengan bengangnya.Hyun Chul ditolak sehingga spek mata yang dipakainya jatuh dah berkecai.Pintu rumah pantas diketuk Nad sekuat hati.."Woi Mika! Bukak lah pintu ni!" Ketuk Nad dengan sekuat-kuat hatinya.Kalau boleh nak pecah pintu rumah tu.Dalam masa yang sama , Hyun Chul masih lagi meraba-raba mencari spek matanya manakala Nad dengan kejamnya meninggalkan Hyun Chul sendirian ketika pintu rumah telah dibuka oleh Mika.

"Eh , Hyun Chul. Kau dah balik eh?Eh , kenapa ni.What's happen??"Soal Mika sambil menuju ke arah Hyun Chul.
"Aku tak nampak!Spek aku.."Kata Hyun Chul sambil meraba-raba lantai."Sadih oh hidup aku.Dah lah spek tu kenangan dari nenek aku..."
Dengan pantasnya Mika memimpin Hyun Chul masuk ke dalam rumah.Dia yakin ini pastinya kerja Nad.Nad sudah melampau.Tidak sepatutnya dia membabitkan Hyun Chul dengan emosinya.

"NAD!What the hell yang kau dah buat kat Hyun Chul?He's my bestfriend u know!Stop being like this lhaa!Kau dah melampau!"Jerkah Mika..
"So?Apa yang aku peduli?Not my problem lha bro.Your friend aren't mine!"Lawan Nad."Just live in your hell lha!"Balas Nad.
Sia-sia satu penampar hinggap di pipinya "Kalau kau tak reti nak menghormati orang, kau jangan ingat orang nak hormat kau.Padan lah Jay tinggal kau pun.Sebab perangai kau!"Kata Mika"Pergi mintak maaf dekat Hyun Chul sekarang jugak sebab lepas ni dia akan tinggal kat sini!"Marah Mika.

Pergaduhan Nad dengan Mika pada malam itu telah membuatkan Nad lari dari rumah.Hyun Chul begitu terkejut apabila mendapat tahu perkara tersebut kerana dia lah punca perkara itu terjadi.Walau bagaimana pun dia harus bertanggungjawab! Kepergian Nad adalah salahnya. Kalau dia tak cakap yang bukan-bukan mesti Nad takkan mengamuk tiba-tiba.Hah , kan dah kena.Padan muka .Cakap tak berlapik lagi.Kawan-kawan , jangan contohi sikap Hyun Chul ye.

"Mianhaesso!Ni semua salah aku.Patutnya aku pindah je.."Kata Hyun Chul.
"Tapi kau kan dah takde sape-sape lagi .Lagi pun aku kena lah penuhi janji aku untuk biar kau tinggal dekat sini..Takkan aku nak biarkan kau susah bro."Kata Mika.
"However aku kena bertanggungjawab kalau apa-apa jadi kat adik kau.Korang gaduh sebab aku.."Kata Mika."Erm , macam ni lah.Biar aku pergi cari adik kau.Then bila dah jumpa dia nanti , aku bawak balik and aku blah pindahcari rumah sendiri lah..Semuanya lepas aku jumpa adik kau.Promise!"Katanya sambil mengangkat sumpah.
Tanpa memperdulikan Mika , Hyun Chul terus berlari ke seluruh pelosok Namwon untuk mencari Nad..Malangnya,sehingga subuh dia tidak lagi menemukan Nad.Nad , mana kau hilang Nad !

Hyun Chul mengeluh , nafasnya turun naik dek terlalu penat.Pantas dia melabuhkan punggung di kaki lima.."Hausnya..!"Kata Hyun Chul..
Tiba-tiba dan tanpa disangka-sangka Nad yang sedang berjalan tanpa arah tujuan terpandang Hyun Chul yang sedang terjelepek penat. Begitu juga dengan Hyun Chul .Buat sesaat mereka bertentang mata sebelum Nad melarikan diri..

"Weh! Jangan lari lah swinging bowl!!(mangkuk ayun)."Teriak Hyun Chul.
"Kejar lah aku kalau kau dapat kan?Bodoh!!"Balas Nad sambil membuka langkah seribu.

Mereka berdua berkejaran sehinggalah matahari terbit.Nad yang kepenatan akhirnya menyorok di sebalik tong sampah yang berada di lorong sehala yang begitu gelap itu.Dia menarik nafas lega kerana bayang-bayang Hyun Chul sudah hilang dari pandangannya.Huh Amannya dunia.

"Yes.Budak bodoh macam tu.Jangan harap lah nak kejar aku.Sampai mati pun takkan dapat."Kata Nad sambil membuka tin Coke yang berada di tangannya."Aman aku!"

Belum sempat Nad meneguk minuman tersebut , dia terdengar sayup-sayup bunyi anjing yang datang entah dari mana.Lama kelamaan bunyi itu semakin dekat dah terserlah lah kelibat anjing tersebut sehingga dia pecut mengalahkan atlet negara yang tersohor..Padan muka , siapa suruh cakap besar sangat.Kan dah kena kejar dengan anjing.Siapa kau nak cari sekarang?Hyun Chul Yang bodoh tu ke?Tepat sekali.

"Hyun Chul ah!! Help me!"Teriak Nad."Anjing!Anjing tu kejar aku.Siapa punya anjinglah yang terlepas ni.Menakutkan."Kata Nad sambil menangis-nangis.
Hyun Chul ketawa terbahak-terbahak melihat Nad "So sekarang kau nak balik ke tak?Hah?"Soal Hyun Chul."Baik kau balik sebelum anjing tu panjat kau.Swinging bowl betol."Perli Hyun Chul.
Nad ternganga.Mukanya yang jelas-jelas tercengang mebuatkan Hyun Chul juga tercengang "Wae?"Soal Hyun Chul
"Swinging Bowl tu ape?"Soal Nad terpinga-pinga.
Kali ini semakin berdekah-dekah ketawa si Hyun Chul"Mangkuk hayun la ngek!!Tu pun taktau.Tulah , otak tu lain kali maju siket.Maju bangsa untuk negara!"Kata Hyun Chul dalam ketawa yang masih bersisa.
"Alahai . dekat sini pulak kau nak berpolitik ."Kata Nad sambil membuat muka menyampah.

Tak lama kemudian mereka berdua pulang ke rumah . Untuk memastikan nad tidak lari , Hyun Chul telah mengikat tangan nad dengan tali yang ditemui ditepi jalan .Sebijik macam bawak anjing bersiar-siar je.Kesian Nad"Ikat macam ni baru lah banduan macam kau ni tak lari."Kata Hyun Chul "Kalau lah semua banduan dalam negara ni takut anjing macam kau kan bagus.Senang sikit kerja polis.Tak payah susah-susah nak tangkap.Suruh je semua orang bela anjing .Nampak je anjing menangis-nangis tak hengat dunia."Bebel Hyun Chul.(perli sebenarnya)

"Eh . Kau jangan nak melebih-lebih!!Karang airmata kau aku tadah dalam baldi suruh kau telan semula."Kata Nad dengan bengang.Egonya semakin tercabar..
"Dah lah ,diam. . Duduk diam-diam sebelum aku bagi penampar!!" Marah Hyun Chul.
"Eh mamat ni! Tadi die yang start dulu.Ni tak pasal-pasal pulak nak marah aku."Kata Nad dalam nada yang sedikit cuak meliahat perwatakan Hyun Chul yang tiba-tiba berubah.
Hyun Chul memalingkan mukanya ke belakang "Amacam?Ada bakat nak jadi polis negara?"Soal Hyun Chul sambil tersengeh bangga.
"BODOHHHH!!!!!"Teriak Nad sekuat hati untuk melepaskan geram yang amat.

Hari Hyun Chul berlalu dengan malangnya..Dia tiba di rumah dalam keadaan yang begitu tragis dan menyayat hati setiap mata yang memandang.Sebelah matanya lebam.Nad tersenyum puas.."Siapa suruh kau kenakan aku?Terimalah takdir yang begitu indah ni.Hadiah untuk kau.Hyun Chul.."Kata Nad sebelum meninggalkan Hyun Chul berdua bersama Mika.."Bye abang!Aku naik dulu."Kata Nad kepada Mika. , sebelum itu sempat Nad menjelirkan lidahnya kepada Hyun Chul...

"OHH GILA LAH MACAM NI!Terseksa aku!"Kata Hyun Chul sambil menggongcang-goncang tubuh Mika sekuat hati."Kau nampak tak tu?Kau nampak tak ni?"Kata Hyun Chul sambil menanggalkan spek mata spare part nya untuk menunjukkan sebelah matanya yang lebam kepada Mika."Macam mana aku nak terus hidup lepas ni.Kalau macam ni lah mata aku macam mana aku nak mengorat. Kesian la kat graduation hansome mcm aku mata lebam,Macam mana nak mengorat nanti??Sia-sia je aku belajar kat London"Kata Hyun Chul sambil meraba-raba matanya.
"Apa fungsi kau belajar tinggi-tinggi sebenarnya?Kalau macam ni lah pemikiran kau , janda sebelah rumah aku ni pun belum tentu nak kawen dengan kau!"Kata Mika sambil meninggalkan Hyun Chul.
"Abang dengan adik sama je :'( " Tak bertimbang rasa betul.Mana lah pergi kualiti rakyat zaman sekarang ni."Balas Hyun Chul.
Tiba-tiba kedengaran suara janda sebelah rumah yang dimaksudkan oleh Mika.
"Eh orang sebelah rumah!Janda-janda tu perlahan sikit!Aku hentam kau dengan penyapu ni karang!"Kata janda tersebut sambil mengacukan penyapunya seperti pistol.
"Bukan saya makcik!"Kata Hyun Chul.Pantas pintu rumah itu ditutupnya rapat-rapat!Cuak lah tu.

Berberapa bulan telah berlalu , Nad dan Hyun Chul masih tidak berubah seperti anjing dan serigala.Kadang-kadang bergaduh sampai bergegar satu rumah.Kadang-kadang baik tahap melampau.Jay juga telah dilupakannya sejak Hyun Chul hadirPening kepala Mika dibuatnya.Elokknya kawenkan jer dorang ni.=.=

"Apa kau merepek ni hah Mika?Kawen?No way!Aku lebih rela jadi andartu daripada kawen dengan gradution berotak lembu macam dia ni.Tak padan dengan mata empat.Tapi perangai macam orang takde mata.Sikit-sikit nak langgar orang!Alahai macam lah kau sorang je yang ada bahu!"Kata Nad sambil melaga Hyun Chul dengan bahunya sekuat hati.Dia melanggar sehingga spek mata Hyun Chul tercabut."Alamakaih!!!"Kata Nad sambil mencari-cari spek mata Hyun Chul.Takut pula spek mata Hyun Chul pecah lagi untuk kali kedua.Cukup-cukuplah hari tu dah pecah.Kesian jugak.

"Nah spek mata kau!"Hulur Nad.Saat itu Nad terpandang wajah Hyun Chul yang tidak berkaca mata.Handsome pulak mamat tiba-tiba.Hai , hai ...Nad , cair lah tu.
"Nad?Kau tengok aku ke?Sorilah aku tak nampak!"Kata Hyun Chul.
Dengan pantas Nad mengetuk kepala Hyun Chul dengan spek mata yang dipegangnya"Aku nak bagi spek ni jelah ! Perasan sungguh kau ni kan? -,-"Kata Nad sambil berlalu pergi..Dia menaiki tangga yang menghala ke biliknya satu persatu.Dengan pantas tangannya mencapai lense yang tidak pernah dipakainya selama ini "Maybe benda ni sesuai untuk Hyun Chul..Hmmph , okay jugak bagi dia.Aku tak guna pun benda ni memandangkan mata aku masih berfungsi dengan elok."Bebel Nad sendirian.

Nad menuruni anak tangga dengan kelam kabut.Niat nya untuk mendapatkan Hyun Chul terhenti tatkala dia terdengar perbualan Hyun Chul bersama abangnya..Hatinya agak berkecai.
"Hyun Chul . Kau series ke nak pindah ni?"Soal Mika."Tak ke elokknye kau tinggal kat sini je?"Soalnya lagi.
"Aku rasa aku patut berdikari lah.Alang-alang dah jumpa rumah sewa ni.Lebih baik aku pindah je.Aku taknak menyusahkan korang lagi dah.Lagi-lagi Nad.Dia banyak bergaduh dengan aku."Kata Hyun Chul sambil mengukirkan senyuman hambar.
Airmata Nad mengalir dengan lajunya..Dengan pantasnya dia mendapatkan Hyun Chul..
"Hyun Chul!Kau nak pindah mana? :'( duduk jelah dengan kitorang kat sini.Aku sunyi bila Mika takde.."Kata Nad sambil merengek-rengek..
"Nad , bertenang dulu Nad."Kata Mika yang cuba untuk menenangkan Nad.Malangnya tidak mahu mendengar.
"Aku tahulah aku selalu menyusahkan kau.Buat kau sakit hati .Tapi tak perlu lah pindah.Aku perlukan kau."Kata Nad lagi.
Hyun Chul terkelu.
"Nad . listen to me.."Kata Mika.Bertambah malang lagi Nad memang langsung tak memperdulikan Mika.
"Hyun Chul.Tinggal lah dekat sini je.Please!!!"Rayu Nad.
Akhirnya Mika naik bengang! "Dengar lah sini NADD!!!!"Teriak Mika dengan menggunakan surat khabar yang digulungkannya sehingga menjadi  menjadi pembesar suara.Pantas pembesar suara buatan sendiri itu dihalakan ke telinga Nad "Dengar sini elok-elok!!!!Hyun Chul nak pindah!!Tapi dia pindah sebelah rumah kita je!! Tak payah lah over!!!!!!!!!"Teriak Mika sekuat hati,Setelah itu , pembesar suara itu pantas dicampakkannya ke dalam tong sampah"Hah , puas hati aku..Puas hati kau??"Soal Mika kepada Nad pula.

Nad terdiam manakala Hyun Chul pula tersenyum penuh makna "Hai Nad , lain macam je bunyi..Suka aku eh?"Soal Hyun Chul.
Nad masih lagi menunduk malu.Mukanya menjadi serba merah.Hatinya menjadi tak keruan."Nae , aku suka kau"Jawabnya .
"Ah , baguslah!Sebabnya aku suka kau jugak."Balas Hyun Chul."Tapi sejak bila kau jatuh cinta dengan aku?"Soalnya.
"Sejak tadi.Kau hensem bila tak pakai spek.Baru aku perasan."Kata Nad.Sebenarnya dia sudah lama dia jatuh cinta kepada Hyun Chul.Malu nak mengaku je"Oleh itu ,silakan lah pakai lense ni !"Kata Nad sambil menghulurkan lense yang dipegangnya.Setelah lense itu diterima oleh Hyun Chul , Nad pun berlari keluar mendapatkan abangnya Mika yang masih lagi hangin tentang hal tadi.

"Haihh?Suka aku sebab hansome?Macam tak boleh percaya je budak ni?"Kata Hyun Chul sambil membelek-belek pemberian Nad itu."It's okey lah."

No comments:

Post a Comment