Sunday 4 December 2011

Fanfiction 2 : Love Kick

Title:Love Kick
Artist Involved :Hoya (Infinite) ,Hyo Sung (Secret) Hyo Min (T-Ara) Jae Hyo (Block B)
Main Character: Hoya and Hyo Sung
This Fanfiction : Is Belong to Ryo Chiyoko And sincerely for Fatin Shafiqa



Disebabkan pagi yang sungguh indah itu amat membosankan , Hyo Sung mengambil keputusan yang tidak berapa bernas , iaitu untuk  menggangu pelajar baru yang berada di sebelahnya.Pelajar itu dekenali sebagai Hoya yang sungguh kerek .Sejak dia masuk ke kelas itu , kehidupan Hyo Sung bertambah terseksa lebih - lebih lagi dia terpaksa mendiamkan diri sepanjang minggu ini . Huh , seksa, seksa...Hari ini dia nekad untuk berbicara dengan Hoya.Tak sanggup rasanya tak boleh bercakap.Al maklumlah , mulut becok .Masakan boleh diam.Baru 3 hari Hoya masuk kelas tuh .Yang peliknya kenapa lah Hoya ni diam sangat .

"Err , brader.." Panggil Hyo Sung dengan mencuit-cuit bahu Hoya.
Hoya mengalih pandangannya kepada Hyo Sung dengan pandangan yang begitu tajam.Oh!Tertusuk Hyo Sung."Kau nak apa ?" Soal Hoya sambil menanggalkan earphone dari telinganya.
"Err , boleh tak keluar sekejap ?I need to talk with you my dearest friend.Let's get out of here."Kata Hyo Sung sambil menarik tangan Hoya.
"Nak pergi mana ni ?"Soal Hoya terpinga-pinga.
"Ikot jelah , duduk diam-diam.Jangan sampai aku campak kau dari tingkat 3 ni.Faham!!"Kata Hyo Sung memberi amaran tegas kepada Hoya.Huh , ni dah boleh dikategorikan penculikan ni .Tapi penculikan yang tak bersiri la.
"Oh , okey --" " Kata Hoya.Dia cuma mengikut langkah Hyo Sung tanpa memberontak.Selepas itu , dia menyumbat kembali earphone ke dalam telinganya.Hai mamat ni .Suka sangat hidup dalam dunia sendiri.

Setelah sampai di suatu tempat yang sungguh aman dan damai a.k.a padang sekolah yang disinari sang mentari pada waktu pagi , Hyo Sung memberhentikan langkahnya dan melepaskan tangan Hoya.Aduh , macam drama bersiri je -_-..Hyo Sung mencekakkan pinggangnya dan menjeling Hoya yang sedang termenung jauh.Kuat berangan betul mamat ni."We need to talk Hoya..Cabut earphone nih."Kata Hyo Sung sambil mencabutkan earphone tersebut.
"What the hell ?Apa yang kau nak cakapkan ni?Cakap jelah sekarang."Balas Hoya dengan muka sombongnya.
"Hello dear , kau buat aku terseksa tau tak .Yelah , aku ni mulut becok kan?Bila duduk sebelah kau aku langsung tak boleh nak bercakap langsung.Boleh tak kalau aku cakap lain kali kau jangan ignore aku ?Aku rasa macam tunggul selama 3 hari kau bertapak dekat sekolah ni.Boleh tak jangan kerek sangat ?Kekerekan kau menyusahkan warga sekolah ni terutamanya aku.You know that?"Soal Hyo Sung .
"Masalah kau , bukan masalah aku pun kan ?Aku bahagia dengan cara aku .Suke hati aku lah ."Balas Hoya dengan muka menyampahnya.
"Okey fine , kau ikut suka hati kau . Aku pun ikut suka hati aku lah ek ?"Kata Hyo Sung sambil menendang betis Hoya dengan lajunya.Hoya meraung kesakitan dek penangan juara taekwondo sekolah 4 tahun berturut-turut Hyo Sung..Dia menggelupur bagaikan orang yang nazak diatas rumput-rumput yang masih basah dengan titisan embun.
"Sakitlah bodoh!"Teriak Hoya.
Hyo Sung senyum dengan penuh sindiran yang sungguh pedih "Eh, suka hati aku lah nak buat apa.Masalah kau , bukan masalah aku pun kan?"Perli Hyo Sung dengan menggunakan ayat yang diungkapkan oleh Hoya sebentar tadi."Nice rite?Nak lagi?" Soal Hyo Sung sambil mengangkat kakinya seolah-olah hendak memijak muka Hoya yang sedang meraung kesakitan.Teruk betul Hoya kena buli dengan minah ni . Dahsyat sungguh.Dah lah tu Hoya , dengar je lah cakap perempuan ni kalau taknak mati terguling-guling atas padang.
"Kau ni gila betul ek??Kau nak bunuh aku ke?Okeylah.Aku dengar cakap kau tuh."Balas Hoya sambil mencuba untuk bangun."Aduh sakit sungguh , dah lumpuh ke aku ni ?Kalau lumpuh aku lepas ni.Kau ganti kaki aku dengan kaki kau.Aku ambek kaki kau , kau ambek kaki aku!"Kata Hoya sambil meraba-raba kakinya.
"Eww , berani kau nak tukar kaki aku dengan kaki kau yang berhutan hujan tropika tuh ?Huh , tak ingin aku..Lainla kalau kaki kau tu lembut , licin , halus , kurus mcm model takpe jugak !Ini tidak .So , batalkan lah niat kau nak tukar kaki dengan aku..Kalau perlu sangat , aku belikan je kaki besi dekat kau."Balas Hyo Sung dengan gaya jijiknya.Imagnasi Hoya memang tinggi sehinggakan kaki pun perlu ditukar-tukar .
"Hutan?Apa maksud kau?Eh!! Kaki aku tak berbulu mcm gorilla okey!!!!Babo, babo , babo."Teriak Hoya."Arghh , saketnya!"Teriaknya kesakitan.
"Hah , tgk tu kan . Kata lagi orang babo.Kan dah saket .By the way lah kan , aku tak cakap pun kaki kau berbulu-bulu mcm gorilla.Kau sendiri yang cakap.Aku cuma cakap kaki kau mcm hutan hujan tropika..Kau yang melebih-lebih nak mengaku kaki kau berbulu-bulu mcm gorilla.I never said that kaki you tu berbulu pun kan ?"Balas Hyo Sung sambil tersenyum lebar apabila Hoya telah termakan dengan kata-katanya sendiri.Daebak! Pembulian fizikal dan juga mental yang mencabar kesabaran Hoya."Hah , sudah lah tu .Need a help or not ni?Cepat la , nanti cikgu nampak kau yang susah .Bukannya aku.Aku ni anak murid yang sangat dipercayai cikgu.So aku cakap apa pun diorang caya.Amacam?Boleh bangun tak ni?"Soal Hyo Sung sambil mengangkat Hoya.
"Oi , kuat jugak kau angkat aku eh?"Kata Hoya yang terkejut dengan kebolehan Hyo Sung.
"See my leg la...Juara taekwondo nieh."Balas Hyo Sung sambil menayangkan kakinya dengan bangga.
"See your leg ?Oh No way la wehh!! Parah kaki aku --" " Kata Hoya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Tidak lama selepas itu , Hyo Sung memapah Hoya ke bilik rawatan dengan berhati-hati.Sungguh diakuinya yang Hoya teramatlah berat tetapi demi menunjukkan yang dia tu kuat , dia mengerah seluruh tenaga untuk memapah Hoya.Lagi pun salahnya sendiri , siapa suruh sepak Hoya sampai nak patah kaki mamat tuh . Kan dah menyusahkan diri sendiri.Hyo Sung bermain-bermain dengan langsir bilik rawatan itu untuk menghilangkan kebosanannya sementara menunggu kaki Hoya dirawat.Apabila Hoya selesai menerima rawatan , terus dia mengetawakan kepala Hoya yang berbalut.Sungguh aneh rasanya.Kaki yang sakit , kepala yang berbalut.

"Hoi , nak tanya sikit! Apehal kepala kau yang berbalut ni?Aku sepak kepala ke kaki tadi?Ish , bia bebetul.Aku memang lah kejam.Tapi takdelah kejam sangat sampai nak bunuh orang.Sepak kepala tu boleh mengakibatkan amnesia ataupun meninggal dunia.Tapi kalau kau memang nyanyuk,tu bukan salah aku lah.Ni kau still ingat aku lagi ke tak ni ?Aku Hyo Sung ^_^ orang terakhir yang jumpa kau.Yang memberikan sepakan percuma kepada kau?Ingat tak?"Soal Hyo Sung sambil mempamerkan giginya.
"Lawak apa kau buat ni?Tak kelakar la weh."Balas Hoya yang juga bengang dengan rawatan yang terimanya.Masakan kepalanya yang dibalut.Huh
"Lawak?Oh , aku tak buat lawak pun.Aphal kau kata lawak.Ke memang lawak tapi kau tak boleh nak gelak?Sistem ketawa kau dah rosak eh?Kesian la kau kawan."Kata Hyo Sung.
"Eii , aku lempang minah ni karang!"Kata Hoya dengan geram.
"Ah, mari sini , lempang lah.Lempang lah."Kata Hyo Sung sambil terkinja-kinja seperti anak kecil.Tiba-tiba matanya menjadi tajam."Tu pun kalau kau nak rasa lagi penyepak mcm tadi lah.Aku rasa tak terer sangat tadi tu..Lain kali aku boleh beri lagi dan lagi."Kata Hyo Sung sambil ketawa terbahak-bahak.Lalu Hoya yang berada di belakangnya ditinggalkan.
"Minah ni . Minah ni ! Memang gila."Omel Hoya sambil menggenggam buku limanya.Alahai , mcm lah kuat sangat.Sepak sikit pun dah tumbang macam pokok kelapa kena tiup angin.Huh.Sudah lah tu Hoya.Lupakan niat kau untuk berlagak.

Hoya masuk ke kelas dengan kaki yang terjengket-jengket.Hyo Sung yang berada di meja langsung tidak memperdulikan kehadiran Hoya yang begitu menyayat hati tuh.Matanya lebih terfocus kepada dua ekor burung yang sedang dating dengan pasangannya diatas tiang bendera.Ohh so sweet.Hoya memandang Hyo Sung dengan perasaan geram.Namun geramnya cuma boleh dilepaskan melalui pemandangan nya itu . Hahaha."Oh sweet kan burung tu Hoya?Kan Hoya kan?"Soal Hyo Sung.
"Aah , sweet sangat-sangat la kan?"Balas Hoya dengan senyuman yang tak ikhlas langsung sehingga Hyo Sung mencebikkan bibirnya.
"Brader , niat aku ikhlas.Cuma nak kawan dengan kau je.Tapi kalau macam ni kau layan aku takpe lah.Aku rasa lebih baik kita terus diam macam dulu lah.Tak payah cakap ape-ape.Senang cerita kan?Okeylah.Aku keluar dulu , dah nak rehat lagipun ni.Erm , aku rela tak bercakap seumur hidup dengan kau..Okey bye!Annyeong."Kata Hyo Sung dengan hambar.Dia melangkah dengan penuh rasa yang tak dapat diungkapkan.

Setibanya di kantin,Hyo Sung memasukkan duitnya ke dalam mesin automatik untuk membeli minuman.Malangnya mesin itu telah rosak dengan tiba-tibanya dan menelan duit itu.Hyo Sung teramatlah bengang sehingga mesin itu disepaknya bertubi-tubi.Mentang-mentanglah tak ada orang, suka hati kau je nak bervandalisme dengan bahagianya.Itu bukan mesin untuk melepaskan geram ya cik Hyo Sung.Mesin tu hak sekolah untuk semua warga sekolah bukan untuk kau sorang.

"Alahai , kenapa lah malang sangat ni!Aku dah lah haus gila ni."Bebel Hyo Sung.
Tanpa diduga Hoya menghulurkan setin coke kepada Hyo Sung."Kalau tau haus.Jangan lah banyak bercakap.Itu akan mengakibatkan saliva anda hilang dengan banyaknya..."Kata Hoya.
"Cehh" Balas Hyo Sung sambil meneguk coke tersebut."Trimas ye brader , sedap coke ni.Ikhlas tak ni?"Soal Hyo Sung.
"Hah?Boleh kau kata tak ikhlas.Aku bagi yang aku punya dekat kau tu tau tak..Aku pun tak minum semata-mata sebab kau merajuk."Kata Hoya.
"Chinca ?Ohh minumlah jugak air ni.Kesian kau.Kalau ye pun nak buat baik jangan lah sampai menyeksa diri tau."Kata Hyo Sung sambil menyumbat straw dalam mulut Hoya.
"Kamsa."Kata Hoya.
"Nae , cheonma."Balas Hyo Sung.

Setelah itu , mereka berdua menuju ke arah kantin untuk membeli makanan.Disebabkan Hyo Sung ni seorang yang kuat makan, dia telah membeli 5 packet hot dog  untuk dimakan sekaligus.Hoya amat terkejut dengan tabiat si Hyo Sung ni. Berkali-kali dia menelan air liur melihat Hyo Sung yang begitu berselera..Ramen yang dibelinya tadi langsung tidak dijamah seolah-olah kenyang pula melihat Hyo Sung makan..Yeah -_- sabarlah Hoya.

"Kau...Kau..Kau..Kuat giler makan!"Kata Hoya.
"Hello bro , aku makan 2 hari sekali.Memang lah macam ni.Apa kau ingat aku hari-hari makan macam ni?Oh matilah aku macam ni."Balas Hyo Sung.
"Ohh..."Balas Hoya sepatah..Teringin pulak aku nak makan macam tu.Desis hati Hoya."Erm , kau tinggal kat mana?"Soal Hoya lagi.
"Erm , aku tak boleh bagitau.Nanti kau stalk rumah aku.Yelah, aku kan comel"Kata Hyo Sung dengan muka kucingnya"Meow,meow,meow..."Sambung Hyo Sung yang mengundang ketawa Hoya.
"Takleh blah tengok muke kau..Tolonglah jgn buat aku gelak macam hantu."Kata Hoya sambil menekan-nekan perutnya.
"Ahh , memang tu pun tujuan aku.Kau tak pernah nak gelak pun selama ni.Tahniah , sistem ketawa anda dah berfungsi kembali dengan normalnya.Tapi , errr , stop lah ==" orang semua pandang kita ni.Kau yang gelak aku disabit sekali.Aku tak nak jadi famous sebab aku dah cukup famous."Balas Hyo Sung dengan nada yang begitu perlahan..
Hoya memandang sekelilingnya dengan ramen yang masih belum dikunyah.Jelas para pelajar sedang giat memerhatikannya.Dengan bangangnya Hoya melambaikan tangannya seperti artis .Hambek kau nak , satu kantin ketawakan kan kau.

Hyo Sung membatalkan niatnya untuk menghabiskan hotdognya tadi memandangkan Hoya sudah "famous" diketawakan para pelajar.Hilang seleranya untuk makan.Tangan Hoya ditarik dengan rakusnya untuk kali kedua..Tetapi hot dog dan juga ramen milik Hoya tidak ditinggalkan malah diangkutnya sekali.Tak baik membazir.Setelah tiba di padang , Hyo Sung membuat aksi seolah-olah nak membentang tikar.
"Hari ni kita berkelah kat padang yang aman mcm pantai ni okey?Nah ramen kau..Ambek ni.Makan kenyang-kenyang sampai buncit mcm hot air ballon pon tak ape."Kata Hyo Sung."Duduk lah ye, takkan aku nak menjemput pulak , over lah tu namanya.Karang makan lagi penyepak macam pagi tadi .Huh , 1st time aku rehat dengan budak laki.."Sambungnya lagi.
"Selama ni kau rehat dengan sapa ?Huh , tak sangka pulak kau ni takde kawan.Nampak macam femes.Hahaha , kesian kau ek.Takpelah aku jadi kawan kau yer." Kata Hoya.
"Ish! Ape pulak.Aku ade lah kawan.Cuma kau tak kenal.Nama dia Min Ah.Dia pindah time kau masuk kelas ni.Kira mcam korang bertukar serentak la ni.Tempat yang kau duduk selama ni sebenarnya tempat Min Ah lah.Sebab Min Ah dah pindah , tu pasal la cikgu bagi kau duduk sebelah aku walaupun sebenarnya aku tak menginginkan perkara itu berlaku.Namun apakan daya , aku tak mampu melawan takdir yang memaksa aku untuk bersama dengan kau?Amacam.Sadis tak kisah aku?Mestilah kau sadis jugak.Kau kan watak utama jugak.Aku tau kau tak suka dengan aku.So sabarlah ye.Bila-bila nanti kita boleh deal dgn cikgu.Kita tukar tempat.Aku duduk sebelah Hyo Min kau duduk sebelah Jae Hyo?Nak tak?"Soal Hyo Sung dengan mata yang penuh bersinar-sinar.
Dengan pantasnya Hoya menyekeh kepala Hyo Sung yang keras mcm batu tu "Hoi ,kau jangan nak patah kan mood aku lar.Aku dah happy duduk sebelah kau tau tak.Jangan paksa-paksa aku tukar tempat..Kalau , kau paksa jugak tengok ah , takkan tercabut jasad aku dari kerusi Min Ah tu ."Kata Hoya yang semakin tak selesa dengan cadangan Hyo Sung.Masakan disuruhnya duduk disebelah Jae Hyo yang menakutkan tu.Ish tak mau aku.Karang aku ditelannya hidup-hidup lagi parah..Desis hati Hoya lalu kepalanya digeleng-gelengkan.
"Hai , kot yer pun sayang aku janganlah sampai nak tercabut kepala tu kau geleng."Perli Hyo Sung.

Sejak hari itu , Hoya telah menerima Hyo Sung menjadi sahabatnya sehinggalah kini -w- .Hooray!! Hyo Sung pulak semakin happy bila perangai Hoya yang kerek tu dah berubah menjadi friendly sikit demi sikit.Akhirnya Hoya dah boleh bergaul dengan semua murid-murid kelasnya.Hoya yang dulunya selalu hidup dalam dunia sendiri , sudah keluar melihat dunia realiti.Ini semua kerana Hyo Sung yang selalu mengugutnya dengan ugutan yang kejam untuk melatih Hoya supaya menjadi manusia yang normal.Kini , tahap kemanusiaanya sudah stabil.

"Apa kau kata ?Tahap kemanusiaan?Dah tu selama ni aku bukan manusia ke?"Soal Hoya kepada Jae Hyo.
"Manusia yang berperasaan lah ngek.."Balas Hyo Min.
"Hohoho , betul tu . Senang je nak latih mamat ni kau ug..."Belum sempat Hyo Sung menghabiskan kata-kata mulutnya ditekup oleh Hoya sekuat-kuat hati..
"Kau diam."Bisik Hoya sambil melepaskan tekupannya .Hyo Sung cuma mampu menjeling tak puas hati.
"Hohoho .Romantik pulak korang berdue ni ek?"Kata Jae Hyo.
"Hoo! Banyak lah kau punya romantik!"Kata Hyo Sung sambil ketawa yang dibuat-buat.Hahahahah.
"Err , aku blah dulu eh ?Bye-bye sayang ! "Kata Hoya kepada Hyo Sung.
"Ohh , blah la kau.Blah jauh-jauh --" Jgn balek-balek dah kat sini.Pergi , Shiohhh!!!"Kata Hyo Sung sambil menghalau Hoya dengan menggunakan penyapu seolah-olah nak menghalau lalat pulak.

Setelah Hoya berangkat keluar dengan tergopoh gapah akibat penyapu yang Hyo Sung acukan tadi , mereka bertiga pun kembali bergossip seperti biasanya.Walaupun Jae Hyo tidak mahu terlibat , dia tetap join sekaki sebabnya dia malas nak keluar kelas.Apa punya Jae Hyo lah..Sanggup lepak dengan perempuan gara-gara penyakit malas.Gossip pun gossip lah kan?

"Hey , Hyo Sung.Kau tak suka ke dgn Hoya tuh.Sekali aku tengok macam Brad Pitt pun ada tau tak.Handsome oh."Kata Hyo Min dengan muka yang begitu teruja seperti Hoya tu umpama pari-pari yang turun dari langit pulak.Oh , sama species je dengan Hoya .Kuat berangan!
"Brad pitt?Ehh , aku salah dengar ke?Ke kau sebut Beruk Pitt tadi?Telinga aku macam ada masalah pulak.Aihh, kau bawak pengorek telinga tak?Pastu kan , lepas aku korek telinga kau jerit kat telinga aku kuat-kuat.Tak percaya betul aku.Oke lar.Aku pun nak blah jugak.Nak menjejak Si Hoya ni.Mana tah dia pergi.Aku nak suruh dia siapkan assigment aku ni!Hoho."Ketawa Hyo Sung dengan gembira.O yeah! Gelak la kau.

Setelah puas mencari , akhirnya Hyo Sung bertemu juga dengan Hoya yang sedang termenung sendirian di dalam dewan sekolah.Dari caranya termenung , seolah-olah dia putus cinta pula.Hoya memang macam ni suka sangat buat orang salah sangka dengan ekspresi dia yang konon-kononnya frust tuh.Mujur jelah Hyo Sung tak mudah terpedaya sebab dah biasa dengan Hoya.

"Hoya! Hoya ! Hoya!"Teriak Hyo Sung dengan terkecoh-kecoh.
"Apa dia ?Aku tengah berangan ni.Kau ni kacau line la . Bersepai-sepai imagnasi aku.Huh."Rungut Hoya.
"Alah , sini lah.Aku nak suruh kau siapkan kerja sekolah aku.Kau kan pandai.Aku penat la kerja sambilan semalam."Kata Hyo Sung sambil menggeliat."Aku nak tidur kat sini sekejap la.."Sambungnya lagi.Setelah itu , Hyo Sung pun tidur dengan nyenyaknya kat atas pentas dewan macam dewan tu hak milik kerajaan tok nenek dia.

Sementara Hyo Sung tidur,idea Hoya untuk meluahkan perasaannya kepada Hyo Sung tercetus.Marker pen yang ditinggalkan bersepah oleh pelajar-pelajar yang tak bertanggungjawab itu diambilnya.

"Untung jugak ada pelajar macam ni zaman sekarang ni.Hah , senang kerja aku ."Kata Hoya sendirian.

Dengan kreatifnya dia menulis nama Hyo Sung sebesar-besarnya di whiteBoard yang berada di dalam dewan sehingga tangannya merasa lenguh..Setelah selesai operasi yang memenatkan ituselesai , Hoya pun tertidur sekali sambil bersandar pada dinding di mana whiteboard itu berada.Apabila Hyo Sung terjaga dari mimpinya yang indah , dia agak terkejut apabila mendapati perkataan "Hyo Sung ! Saranghae." pada white board tersebut.

"Huh ,apa kebenda pulak ni .Aku ada secret admire ke?"Katanya sambil menggosok-gosok matanya."Tapi sejak bila pulak?Hadoii , tak sangka aku pun ada peminat.Haha."Ketawa Hyo Sung dengan bangga.

Tiba-tiba , tak semena-mena ketawanya terhenti melihat ayat yang berada di bawah ayat tadi."What the heck! By Hoya?Oh my god!"Katanya sambil menekup mulut.Dia memandang ke arah Hoya yang sedang nyenyak tidur.Hak milik kerajaan tok nenek Hyo Sung dah bertukar kepada kerajaan moyang Hoya pulak bila suka-suka hati je si Hoya tu guna langsir dewan sebagai selimut -_-" . Kesian.Walau bagaimanapun , Hyo Sung tak berkelip-kelip memandang Hoya yang sedang tidur tu.Tibe jadi angau pulak.

Untuk kali ini , Hyo Sung memadam namanya dan menukarkannya kepada nama Hoya pula. Ayat "Hoya , nado saranghae" ditulisnya sepenuh hati untuk tatapan Hoya setelah dia bangun nanti.Disebabkan perasaan segan ya amat , Hyo Sung pun terus meninggalkan Hoya yang tidur sendirian di situ sedangkan sebenarnya Hoya dah lama terjaga disebabkan mulut minah ni tak boleh bercakap dengan perlahan.Oh yeah , maknanya Hoya nampak lah Hyo Sung yang tulis tadi.

"Oh Yes Yes Yes Yes !!!!"Teriak Hoya dengan gembiranya.White board itu dipeluk-peluknya seperti orang hilang akal.Hyo Sung yang berada tak jauh dari dewan cuma mengetawakan Hoya.Ada segaris senyuman yang membawa kebahagiaan di bibirnya.

"Okey , Hoya.We'll see what's going to happen after this."Kata Hyo Sung sendirian..

No comments:

Post a Comment