Sunday 4 December 2011

Fanfiction 6 :We Are Best Enemies

Title:We Are Best Enemies
Artists Involved:Hyun Chul , Mika , Jay (The Boss /Dae Guk Nam Ah)
Main Character:Nad and Hyun Chul
This Fanfiction : Is belong to Ryo Chiyoko and sincerely for Nurnadiah Fasihah




 Hati Nad terasa sungguh pedih tatkala Jay berangkat ke New York tanpa pengetahuannya.Kini , tinggal lah dia bersama abangnya Mika berdua di Namwon.Hari-hari yang dilaluinya tidak lagi indah seperti dulu kalanya.Jay yang begitu dicintainya pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal mahupun apa-apa pesanan.Kehidupannya menjadi begitu kosong umpama malam yang sepi tanpa bintang.(takleh belah)

"Sabar lah Nad...Dia mesti ada alasan yang tersendiri punya.Aku tak percaya lah dia sanggup buat macam ni kat kau" Pujuk Mika apabila melihat Nad yang seumpama mayat hidup.
"Erm."Jawab Nad sepatah.
"Takkan lah kau nak terus macam ni kan?Hey.Tolong lah..Mana pergi Nad yang happy-happy dulu?"Soal Mika.
Nad menjawab soalan Mika dengan bahunya "Maybe dah mati." Kata Nad sambil meneruskan langkahnya untuk keluar..

Mika putus asa untuk memujuk Nad.Mungkin cuma Jay yang mampu untuk membuatkan Nad ceria kembali.Tapi malangnya,Jay tiada di sini.Bodoh betul Jay ni.Lain kali bagitau jelah.Bukan susah pun.Guna mulut je.Everything will be settle.Oh menyampahnya lah.Kenapa lah Nad boleh couple dengan mamat macam tu.Menyusahkan!
"Gile lah macam ni.Bodoh la Jay ni!!Kalau aku jumpa dia mampus aku kerjakan.Tak pasal-pasal Nad jadi macam ni"Getus Mika sendirian.Buku-buku yang berada di atas mejanya itu dicampak keluar dari tingkat dua sehingga terkena kepada orang yang lalu lalang.Dan kebetulan pula orang yang lalu lalang itu adalah sahabat baiknya Hyun Chul yang baru pulang dari London.

"Ugh.Benjol kepala aku.Apesal buku ni tiba-tiba boleh melayang dekat sini.Berhantu ke rumah si Mika ni?"Bebel Hyun Chul sambil menggosok-gosok kepalanya.Dengan pantasnya dia menekan loceng pintu rumah Mika berulang kali.Tetapi tidak seorang pun yang menyahut.Tiba-tiba Nad yang baru pulang dari kedai menyapanya dengan muka tercengang."Awak siapa?Buat apa dekat sini?"Soal Nad.
"Oh , ini isteri Mika ya?Selamat berkenalan.Tak sangka Mika dah kawen ek?Mentang-mentang dah lama tak jumpa aku.Kawen pon tak bagi tau.Dah ada berapa orang anak lar agaknya.Erm , by the way . Saya Hyun Chul.Kawan Mika :D"Balas Hyun Chul dengan muka innocent serta lurus bendul.
"Apa awak merepek ni =="..Mika is ...." belum sempat Nad menghabiskan bicaranya Hyun Chul menyampuk."Alah,tak perlu malu-malu.Takpe , mengaku je lah awak isteri dia.."
Nad semakin bengang "Masalahnya , aku bukan isteri dia!!Aku adik dia lahh!!Ketepi lah kau!"Kata Nad dengan bengangnya.Hyun Chul ditolak sehingga spek mata yang dipakainya jatuh dah berkecai.Pintu rumah pantas diketuk Nad sekuat hati.."Woi Mika! Bukak lah pintu ni!" Ketuk Nad dengan sekuat-kuat hatinya.Kalau boleh nak pecah pintu rumah tu.Dalam masa yang sama , Hyun Chul masih lagi meraba-raba mencari spek matanya manakala Nad dengan kejamnya meninggalkan Hyun Chul sendirian ketika pintu rumah telah dibuka oleh Mika.

"Eh , Hyun Chul. Kau dah balik eh?Eh , kenapa ni.What's happen??"Soal Mika sambil menuju ke arah Hyun Chul.
"Aku tak nampak!Spek aku.."Kata Hyun Chul sambil meraba-raba lantai."Sadih oh hidup aku.Dah lah spek tu kenangan dari nenek aku..."
Dengan pantasnya Mika memimpin Hyun Chul masuk ke dalam rumah.Dia yakin ini pastinya kerja Nad.Nad sudah melampau.Tidak sepatutnya dia membabitkan Hyun Chul dengan emosinya.

"NAD!What the hell yang kau dah buat kat Hyun Chul?He's my bestfriend u know!Stop being like this lhaa!Kau dah melampau!"Jerkah Mika..
"So?Apa yang aku peduli?Not my problem lha bro.Your friend aren't mine!"Lawan Nad."Just live in your hell lha!"Balas Nad.
Sia-sia satu penampar hinggap di pipinya "Kalau kau tak reti nak menghormati orang, kau jangan ingat orang nak hormat kau.Padan lah Jay tinggal kau pun.Sebab perangai kau!"Kata Mika"Pergi mintak maaf dekat Hyun Chul sekarang jugak sebab lepas ni dia akan tinggal kat sini!"Marah Mika.

Pergaduhan Nad dengan Mika pada malam itu telah membuatkan Nad lari dari rumah.Hyun Chul begitu terkejut apabila mendapat tahu perkara tersebut kerana dia lah punca perkara itu terjadi.Walau bagaimana pun dia harus bertanggungjawab! Kepergian Nad adalah salahnya. Kalau dia tak cakap yang bukan-bukan mesti Nad takkan mengamuk tiba-tiba.Hah , kan dah kena.Padan muka .Cakap tak berlapik lagi.Kawan-kawan , jangan contohi sikap Hyun Chul ye.

"Mianhaesso!Ni semua salah aku.Patutnya aku pindah je.."Kata Hyun Chul.
"Tapi kau kan dah takde sape-sape lagi .Lagi pun aku kena lah penuhi janji aku untuk biar kau tinggal dekat sini..Takkan aku nak biarkan kau susah bro."Kata Mika.
"However aku kena bertanggungjawab kalau apa-apa jadi kat adik kau.Korang gaduh sebab aku.."Kata Mika."Erm , macam ni lah.Biar aku pergi cari adik kau.Then bila dah jumpa dia nanti , aku bawak balik and aku blah pindahcari rumah sendiri lah..Semuanya lepas aku jumpa adik kau.Promise!"Katanya sambil mengangkat sumpah.
Tanpa memperdulikan Mika , Hyun Chul terus berlari ke seluruh pelosok Namwon untuk mencari Nad..Malangnya,sehingga subuh dia tidak lagi menemukan Nad.Nad , mana kau hilang Nad !

Hyun Chul mengeluh , nafasnya turun naik dek terlalu penat.Pantas dia melabuhkan punggung di kaki lima.."Hausnya..!"Kata Hyun Chul..
Tiba-tiba dan tanpa disangka-sangka Nad yang sedang berjalan tanpa arah tujuan terpandang Hyun Chul yang sedang terjelepek penat. Begitu juga dengan Hyun Chul .Buat sesaat mereka bertentang mata sebelum Nad melarikan diri..

"Weh! Jangan lari lah swinging bowl!!(mangkuk ayun)."Teriak Hyun Chul.
"Kejar lah aku kalau kau dapat kan?Bodoh!!"Balas Nad sambil membuka langkah seribu.

Mereka berdua berkejaran sehinggalah matahari terbit.Nad yang kepenatan akhirnya menyorok di sebalik tong sampah yang berada di lorong sehala yang begitu gelap itu.Dia menarik nafas lega kerana bayang-bayang Hyun Chul sudah hilang dari pandangannya.Huh Amannya dunia.

"Yes.Budak bodoh macam tu.Jangan harap lah nak kejar aku.Sampai mati pun takkan dapat."Kata Nad sambil membuka tin Coke yang berada di tangannya."Aman aku!"

Belum sempat Nad meneguk minuman tersebut , dia terdengar sayup-sayup bunyi anjing yang datang entah dari mana.Lama kelamaan bunyi itu semakin dekat dah terserlah lah kelibat anjing tersebut sehingga dia pecut mengalahkan atlet negara yang tersohor..Padan muka , siapa suruh cakap besar sangat.Kan dah kena kejar dengan anjing.Siapa kau nak cari sekarang?Hyun Chul Yang bodoh tu ke?Tepat sekali.

"Hyun Chul ah!! Help me!"Teriak Nad."Anjing!Anjing tu kejar aku.Siapa punya anjinglah yang terlepas ni.Menakutkan."Kata Nad sambil menangis-nangis.
Hyun Chul ketawa terbahak-terbahak melihat Nad "So sekarang kau nak balik ke tak?Hah?"Soal Hyun Chul."Baik kau balik sebelum anjing tu panjat kau.Swinging bowl betol."Perli Hyun Chul.
Nad ternganga.Mukanya yang jelas-jelas tercengang mebuatkan Hyun Chul juga tercengang "Wae?"Soal Hyun Chul
"Swinging Bowl tu ape?"Soal Nad terpinga-pinga.
Kali ini semakin berdekah-dekah ketawa si Hyun Chul"Mangkuk hayun la ngek!!Tu pun taktau.Tulah , otak tu lain kali maju siket.Maju bangsa untuk negara!"Kata Hyun Chul dalam ketawa yang masih bersisa.
"Alahai . dekat sini pulak kau nak berpolitik ."Kata Nad sambil membuat muka menyampah.

Tak lama kemudian mereka berdua pulang ke rumah . Untuk memastikan nad tidak lari , Hyun Chul telah mengikat tangan nad dengan tali yang ditemui ditepi jalan .Sebijik macam bawak anjing bersiar-siar je.Kesian Nad"Ikat macam ni baru lah banduan macam kau ni tak lari."Kata Hyun Chul "Kalau lah semua banduan dalam negara ni takut anjing macam kau kan bagus.Senang sikit kerja polis.Tak payah susah-susah nak tangkap.Suruh je semua orang bela anjing .Nampak je anjing menangis-nangis tak hengat dunia."Bebel Hyun Chul.(perli sebenarnya)

"Eh . Kau jangan nak melebih-lebih!!Karang airmata kau aku tadah dalam baldi suruh kau telan semula."Kata Nad dengan bengang.Egonya semakin tercabar..
"Dah lah ,diam. . Duduk diam-diam sebelum aku bagi penampar!!" Marah Hyun Chul.
"Eh mamat ni! Tadi die yang start dulu.Ni tak pasal-pasal pulak nak marah aku."Kata Nad dalam nada yang sedikit cuak meliahat perwatakan Hyun Chul yang tiba-tiba berubah.
Hyun Chul memalingkan mukanya ke belakang "Amacam?Ada bakat nak jadi polis negara?"Soal Hyun Chul sambil tersengeh bangga.
"BODOHHHH!!!!!"Teriak Nad sekuat hati untuk melepaskan geram yang amat.

Hari Hyun Chul berlalu dengan malangnya..Dia tiba di rumah dalam keadaan yang begitu tragis dan menyayat hati setiap mata yang memandang.Sebelah matanya lebam.Nad tersenyum puas.."Siapa suruh kau kenakan aku?Terimalah takdir yang begitu indah ni.Hadiah untuk kau.Hyun Chul.."Kata Nad sebelum meninggalkan Hyun Chul berdua bersama Mika.."Bye abang!Aku naik dulu."Kata Nad kepada Mika. , sebelum itu sempat Nad menjelirkan lidahnya kepada Hyun Chul...

"OHH GILA LAH MACAM NI!Terseksa aku!"Kata Hyun Chul sambil menggongcang-goncang tubuh Mika sekuat hati."Kau nampak tak tu?Kau nampak tak ni?"Kata Hyun Chul sambil menanggalkan spek mata spare part nya untuk menunjukkan sebelah matanya yang lebam kepada Mika."Macam mana aku nak terus hidup lepas ni.Kalau macam ni lah mata aku macam mana aku nak mengorat. Kesian la kat graduation hansome mcm aku mata lebam,Macam mana nak mengorat nanti??Sia-sia je aku belajar kat London"Kata Hyun Chul sambil meraba-raba matanya.
"Apa fungsi kau belajar tinggi-tinggi sebenarnya?Kalau macam ni lah pemikiran kau , janda sebelah rumah aku ni pun belum tentu nak kawen dengan kau!"Kata Mika sambil meninggalkan Hyun Chul.
"Abang dengan adik sama je :'( " Tak bertimbang rasa betul.Mana lah pergi kualiti rakyat zaman sekarang ni."Balas Hyun Chul.
Tiba-tiba kedengaran suara janda sebelah rumah yang dimaksudkan oleh Mika.
"Eh orang sebelah rumah!Janda-janda tu perlahan sikit!Aku hentam kau dengan penyapu ni karang!"Kata janda tersebut sambil mengacukan penyapunya seperti pistol.
"Bukan saya makcik!"Kata Hyun Chul.Pantas pintu rumah itu ditutupnya rapat-rapat!Cuak lah tu.

Berberapa bulan telah berlalu , Nad dan Hyun Chul masih tidak berubah seperti anjing dan serigala.Kadang-kadang bergaduh sampai bergegar satu rumah.Kadang-kadang baik tahap melampau.Jay juga telah dilupakannya sejak Hyun Chul hadirPening kepala Mika dibuatnya.Elokknya kawenkan jer dorang ni.=.=

"Apa kau merepek ni hah Mika?Kawen?No way!Aku lebih rela jadi andartu daripada kawen dengan gradution berotak lembu macam dia ni.Tak padan dengan mata empat.Tapi perangai macam orang takde mata.Sikit-sikit nak langgar orang!Alahai macam lah kau sorang je yang ada bahu!"Kata Nad sambil melaga Hyun Chul dengan bahunya sekuat hati.Dia melanggar sehingga spek mata Hyun Chul tercabut."Alamakaih!!!"Kata Nad sambil mencari-cari spek mata Hyun Chul.Takut pula spek mata Hyun Chul pecah lagi untuk kali kedua.Cukup-cukuplah hari tu dah pecah.Kesian jugak.

"Nah spek mata kau!"Hulur Nad.Saat itu Nad terpandang wajah Hyun Chul yang tidak berkaca mata.Handsome pulak mamat tiba-tiba.Hai , hai ...Nad , cair lah tu.
"Nad?Kau tengok aku ke?Sorilah aku tak nampak!"Kata Hyun Chul.
Dengan pantas Nad mengetuk kepala Hyun Chul dengan spek mata yang dipegangnya"Aku nak bagi spek ni jelah ! Perasan sungguh kau ni kan? -,-"Kata Nad sambil berlalu pergi..Dia menaiki tangga yang menghala ke biliknya satu persatu.Dengan pantas tangannya mencapai lense yang tidak pernah dipakainya selama ini "Maybe benda ni sesuai untuk Hyun Chul..Hmmph , okay jugak bagi dia.Aku tak guna pun benda ni memandangkan mata aku masih berfungsi dengan elok."Bebel Nad sendirian.

Nad menuruni anak tangga dengan kelam kabut.Niat nya untuk mendapatkan Hyun Chul terhenti tatkala dia terdengar perbualan Hyun Chul bersama abangnya..Hatinya agak berkecai.
"Hyun Chul . Kau series ke nak pindah ni?"Soal Mika."Tak ke elokknye kau tinggal kat sini je?"Soalnya lagi.
"Aku rasa aku patut berdikari lah.Alang-alang dah jumpa rumah sewa ni.Lebih baik aku pindah je.Aku taknak menyusahkan korang lagi dah.Lagi-lagi Nad.Dia banyak bergaduh dengan aku."Kata Hyun Chul sambil mengukirkan senyuman hambar.
Airmata Nad mengalir dengan lajunya..Dengan pantasnya dia mendapatkan Hyun Chul..
"Hyun Chul!Kau nak pindah mana? :'( duduk jelah dengan kitorang kat sini.Aku sunyi bila Mika takde.."Kata Nad sambil merengek-rengek..
"Nad , bertenang dulu Nad."Kata Mika yang cuba untuk menenangkan Nad.Malangnya tidak mahu mendengar.
"Aku tahulah aku selalu menyusahkan kau.Buat kau sakit hati .Tapi tak perlu lah pindah.Aku perlukan kau."Kata Nad lagi.
Hyun Chul terkelu.
"Nad . listen to me.."Kata Mika.Bertambah malang lagi Nad memang langsung tak memperdulikan Mika.
"Hyun Chul.Tinggal lah dekat sini je.Please!!!"Rayu Nad.
Akhirnya Mika naik bengang! "Dengar lah sini NADD!!!!"Teriak Mika dengan menggunakan surat khabar yang digulungkannya sehingga menjadi  menjadi pembesar suara.Pantas pembesar suara buatan sendiri itu dihalakan ke telinga Nad "Dengar sini elok-elok!!!!Hyun Chul nak pindah!!Tapi dia pindah sebelah rumah kita je!! Tak payah lah over!!!!!!!!!"Teriak Mika sekuat hati,Setelah itu , pembesar suara itu pantas dicampakkannya ke dalam tong sampah"Hah , puas hati aku..Puas hati kau??"Soal Mika kepada Nad pula.

Nad terdiam manakala Hyun Chul pula tersenyum penuh makna "Hai Nad , lain macam je bunyi..Suka aku eh?"Soal Hyun Chul.
Nad masih lagi menunduk malu.Mukanya menjadi serba merah.Hatinya menjadi tak keruan."Nae , aku suka kau"Jawabnya .
"Ah , baguslah!Sebabnya aku suka kau jugak."Balas Hyun Chul."Tapi sejak bila kau jatuh cinta dengan aku?"Soalnya.
"Sejak tadi.Kau hensem bila tak pakai spek.Baru aku perasan."Kata Nad.Sebenarnya dia sudah lama dia jatuh cinta kepada Hyun Chul.Malu nak mengaku je"Oleh itu ,silakan lah pakai lense ni !"Kata Nad sambil menghulurkan lense yang dipegangnya.Setelah lense itu diterima oleh Hyun Chul , Nad pun berlari keluar mendapatkan abangnya Mika yang masih lagi hangin tentang hal tadi.

"Haihh?Suka aku sebab hansome?Macam tak boleh percaya je budak ni?"Kata Hyun Chul sambil membelek-belek pemberian Nad itu."It's okey lah."

Fanfiction 5 :Shinee Love

Title: Shinee Love
Artist involved : Choi Min Ho and Lee Tae Min and also SHINee
Main Character:Kechik SHINee and Choi Min Ho
Another Character : Hanna SHINee
This Fanfiction : Is belong to Ryo Chiyoko and sincerely for Kechik SHINee and Hanna SHINee




Dalam keheningan pagi yang begitu indah , aku dan juga fatin (bukan fatin shafiqa, tapi nur fatin) ataupun lebih dikenali sebagai kecik , berjalan-jalan di sekitar SEOUL sementara baru tiba untuk mencari rumah atuk dan juga nenek kami yang menetap di Korea.

"Kecik , aku taknak balik Malaysia dah.." Kataku kepada kecik yang sedang termenung sendirian
"ahh , Kecik pon taknak balik. Kecik nak tinggal dengan atok n nenek." Katanya kepadaku
"Betul tu kecik , nanti aku cakap dekat Mama .Kite memberontak siket lah eh ? Cakap dekat mama , selagi Atok taknak balek Malaysia , selagi tu kite taknak balek Malaysia . Beres tak ?" Soalku.
"Beres!" Katanya sambil mengangkat ibu jarinya tanda setuju."Tapi kan , kita dah sesat dari tadi tak jumpa-jumpa rumah atok,Macam mana ni ? "

Kata-Kata Kecik membuatkan aku terdiam untuk seketika..Macam mana ni ?Ahh , kena tidur dekat hotel lah malam ni nampaknya.Agak-agaknya mungkin esok baru boleh sampai kerumah atuk yang berada di sekitar Seoul itu.

"eh , kenapa mesti esok ?"Soal kecik
"Yelah , esok baru Aunty Mary boleh ambek kite kat sini.Nampaknye kite kene Tidur kat hotel dulu lah,"
"Tapi kan ini hotel 5 Bintang ? Mampu ke awak nak bayar ni ?" Soal Kecik lagi.
"Ini lah masanya kita nak mengenakan Aunty Mary tuh tau tak :) " Kata ku sambil tersenyum penuh makna,

Dengan bangganya aku dan kecik menempah suite hotel yang paling mewah bersama.Setelah kami mendapatkan kunci , dengan segera dan excitednya kami berlari2 mencari Bilik kami sehingga Kecik telah terlanggar dengan seorang jejaka yang agak tinggi dan handsome.

"wohh , kecik ! Siapa kau langgar tuh !" Teriakku kepadanya.
"ahh, aku tak tau."Balasnya."ALAMAK! KEYCHAIN SHINee AKU!Alamak!Dahlah gambar minho paling besar.Alah , sayang lah kalau hilang.Dahlah tu limited edition punye"Bebel Kecik sambil teresak-esak.

Tiba-tiba , mamat yang hansome tadi menghulurkan sesuatu iaitu Key Chain yang Kecik yang disangka hilang sebentar tadi."Ah , mianhae for hitting you just now.Erm , can I ask you something ?" Soalnya dalam bahasa Inggeris.
"Yes sure." Balas kecik.
"Are you Minho fans ?"Soalnya sambil menanggalkan kaca mata hitam yang dipakainya sehingga mengundang jeritan Kecik.Macam kena histeria.
"Kau kenapa ..."Belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku pun terjerit sama ketika melihat Tae Min yang keluar dari salah sebuah bilik hotel tersebut bersama dengan ahli-ahli SHINee yang lain"Wah rugi betul Hanna takde kan ?"Soalku kepada kecik."Boleh lah aku ngorat Tae Min kan ?Nampaknya akulah yang berpeluang menjadi isteri Tae Min.Selamat tinggal Hanna"Kataku kepada Kecik dengan penuh rasa excited.

Nampaknya aku bercakap sorang-sorang bila Kecik masih lagi terpaku dan terpacak tak bergerak2 memegang Dua keping tiket konsert SHINee.Oh untungnya.Malam ni punya konsert!VIP ? Fuyohh giler lha .Tak boleh blah ! Adakah ini mimpi ?!(memang mimpi semata2)

Pada petang itu , aku dan Kecik dengan heppynye shopping di sekitar kompleks beli belah Seoul.Berbekal kan kad kredit yang papa pinjamkan , kami berbelanja dengan sesuka hatinya.Macam-macam yang telah kami borong untuk ke konsert SHINee pada malam ini termasuklah sepasang high heels 5 inci macam SNSD.Takder point betol.

"Kau nak pakai ke ?"Soal Kecik kepadaku.
"Taklah.Bukan aku tapi kau."Balasku..
"Taknak lah" Rengek Kecik.
"Kau pilih , samada kau anak aku sumbat kasut ni dalam mulut kau atau pun kau nak pakai ?"

Dalam keriuhan aku memaksa Kecik untuk pakai kasut tersebut , datang lah pulak seorang set2 FT ISLAND(khayalan semata2) yang buat aku terpegun.Lagi-lagi dengan leader Jong Hoon and Bassist Jae Jin.Tetapi orang yang mula-mula tegur aku ialah Hong Ki.

"Are you going to buy that stuff.Can you give it to me?"Tanyanya sambil memegang high heels yang ku pegang.
"Are you going to buy this ?Are you going to wear this?" Kataku sambil menunjukkan kasut ala-ala SNSD tu didepan-depan matanya.
"Ani! It's for my GF" Katanya sambil merayu kepadaku memandangkan kasut yang kupegang ini adalah Stock yang last.Hah, kau ingat aku nak bagi ke ? Memandangkan kasut ni untuk GF kau lagi la aku taknak bagi.Padan muka.
"yah, i'm not going to give it.Find another shoes~"Kataku sambil melambai2kan tangan kepadanya.Sebelum itu , sempat lagi aku bergambar dengan muka marah nya.Dan dengan muka tak malu nya aku meminta tandatangan semua ahli dan bergambar dengan mereka.

"Annyeong hi kaseyo Jae Jin , Jong Hoon.Saranghamnida."Kataku Sambil melambaikan tangan.Lambaianku dibalas dengan flying kiss yang begitu comel.Tetapi Hong Ki pula cuma menjelirkan lidah tanda tak puas hati..Drama kami di situ menjadi perhatian ramai dan juga MEDIA tanpa disedari.Haih , nampaknya kami akan popular lah lepas ni.

"Bangga kan ?" Soal ku kepada Kecik.
"Kalau Primadonna datang blasah kau jangan cari aku" Bebel Kecik
"Ah , kau tak yah risau .Aku cari lah Jae Jin nanti."Balasku dengan bangganya.
"Dah2 ,aku rasa kita tak sempat nak balik hotel ni.Lebih baek kita cari toilet and tukar baju sekarang jugak.Nanti melepas nak pergi konsert.Ingat senang2 ke nak dapat tiket free."

Tepat jam 8 Malam kami berdua menaiki teksi untuk ke konsert SHINee yang julung2 kalinya diadakan.Sepanjang perjalanan aku asyik teringat pada Hanna yang begitu addicted dengan Tae Min.Kesian dia kan ?Nampaknya macam aku jer yang ada jodoh dengan suami dia yang tak sah tuh.HAHAHAHAHA.

Apabila Konsert telah dimulakan , Kecik dengan hepynya bersorak untuk SHINee.Dia begitu bertuah kerana Minho telah menjemputnya untuk naik ke atas pentas..Dalam masa yang sama , sempat juga aku melambaikan tangan ku kepada Tae Min sebagai pengganti Hanna.Wah , betapa bangganya aku apabila aku juga dijemput naik oleh Tae Min.Sebenarnya aku nak menolak tapi mengenangkan Hanna yang tak berkesempatan dengan bangganya aku naik dengan perasaan yang gembira sikit2 je.Alah , tukang ganti Hanna je pon.Buat apa nak happy.Lain lah kalau dia lamar aku kat atas pentas tu.Memang lah aku happy.Melepaslah kau Hanna.hahahah.(ketawa bangga)

"What's your name beautiful ~" Soal Minho dengan lemah lembutnya kepada Kecik sehingga menimbulkan rasa cemburu SHINee World yang berada di bawah pentas.
Dengan tergagap-gagapnya dia menjawab "Nur Fatin"
"Ahh , name"Sampuk Tae Min "Ouh what's your name ?"Soalnya kepadaku pula.
"Ryo Chiyoko"Jawabku sepatah."I've a friends that love you so much.She love you as she wants to marry you someday"Kataku yang terkenang lagi pada Hanna (bosan betul asyik teringat kat dia)
"Ah , I won't marry with someone that I don't know"Balas Tae Min.Woh , cinta Hanna telah ditolak.YES."But , would you marry me ?"Soalku pula.
"I would say yes if i know you much more"Balas Taemin.Fuyooh.Hanna! Tengok ni ! Tae Min nak kawin dengan aku.Kau ada ?Bhahahaha.

Malam konsert itu berakhir dengan indahnya..Oleh kerana ahli2 SHINee Juga menginap di hotel yang sama mereka mengundang untuk pulang bersama mereka.Sudah tentunya aku takkan menolak.Hari ini akan menjadi kenangan yang begitu indah buat diriku dan juga Kecik.Tak lena tidur dibuatnya.Bukan aku lah , tapi kecik.Aku tidur sampai takboleh bangun.

Pada keesokan harinya , Aunty Mary telah menjemput kami.Dia yang terpaksa  melunaskan bayaran penginapan kami selama semalam itu.Mujur sahaja ada atuk ketika itu.Dia tidak mampu untuk memarah kami berdua.Dari raut wajahnya kami berdua tahu bahawa dia bengang dengan kehadiran kami.Waktu itu kami cuma tergelak dengan happynye.Setibanya di rumah atuk , kami berdua dikejar oleh aunty mary apabila atuk dan nenek telah meminta izin untuk ke pasar buat membeli bahan2 untuk memeram kimchi..Hari itu berlalu dengan gembira sekali.

Fanfiction 4 : The Drama Between You And Me

Title:The Drama Between You And Me
Artists Involved: Kim Jae Jeoong (JYJ) , Jong Suk , Kyu Jong (SS501)
Main Character :Kim Jae Jeoong and Lee Hae Won
Another Character :Futama Yuki
This Fanfiction :Is Belong to Ryo Chiyoko and sincerely for Lee Hae Won


"Kau tak layak untuk dicintai"

Kata-kata yang keluar dari mulut Jae Jeoong membuatkan membuatkan Hae Won terdiam di sebalik pokok yang berada di sekitar sekolahnya.Begitu sekali Jae Jeoong menolak setiap gadis yang meluahkan perasaan kepadanya.Harapan nya untuk menyerahkan surat cinta yang dipegangnya musnah sama sekali.Terbantut niatnya untuk menyerahkan surat itu.Akhirnya suratnya yang dipegang itu direnyuk-renyuk kan dan dimasukkan kedalam tong sampah dengan ganasnya.Yuki yang agak popular itu pun ditolak apatah lagi dirinya.Huh , cuma boleh terus berangan dan berangan..

"Yo!Kau pehal Hae Won?"Soal Kyu Jong dan diikuti pula dengan Jong Suk"Muka macam Strawberry busuk je..Kene rijek er?"
"Taklah , aku baru lepas tengok orang kene rijek.Seram oh..Menggeletar lutut aku tengok mamat tuh.Seriously aku ingatkan die gentle tapi erk . Mengerikan giler die rijek Yuki tadi." Cerita Hae Won kepada dua orang sahabat baiknya itu."Aku rasa , aku pun tak layak untuk dicintai" Sambungnya lagi.
"Eh eh . Mana kau tahu ?Maybe Yuki bukan taste dia.Kau ni kan.Semangat lah sikit.Kalau buli aku kau lah nombor satu.Macam gengster.Tapi bile soal cinta, dalam hati ada taman , dalam taman ada bunga , dalam bunga ada kumbang.Kau dah buktikan pada aku yang kau perempuan sejati Lee Hae Won."Kata Jong Suk dengan bangganya.
"Dah tu selama ni kau ingat aku haper?!Dah 3 tahun member kau tak sedar-sedar lagi aku perempuan.Ceh!"Marah Hae Won sambil menyiku kepala Jong Suk.

Dalam gurau senda yang begitu mesra itu , tiba-tiba jae jeoong menyapa tanpa diduga-duga.

"Hey , boleh tak nak lepak sini ?"Soal Jae Jeoong.Sambil2 itu , surat Hae Won yang dikutipnya tadi disimpan kedalam poket supaya Hae Won tak perasan.
Dengan pantasnya Hae Won mencegah "Tak boleh! Kalau kau saje nak tempah maut sini lah tempatnye.Berambus jauh2 laweh.Kau terlalu tak layak untuk bersama kitorang."Kata Hae Won dengan tegasnya sehingga Jong Suk dan juga Kyu Jong terdiam dengan apa yang mereka lihat.Apa yang bermain di otak mereka berdua "Bukankah Hae Won sukakan Jae Jeoong?" Masing-masing terdiam diselubungi misteri yang tak terjawab buat masa ini.Coming soon , akan terjawab.
"Erm , okey.I'll be going now.See you next time..Miss Hae won"Kata Jae Jeoong dengan lirikan mata yang menggoda.
Tanpa membuang masa Hae Won memberikan buku lima  kepada Jae Jeoong Jae Jeoong"Woih , kau jangan menggedik sangat nak sebut-sebut nama aku macam tu.Kau tak layak!"Kata Hae Won.Tak lama kemudian satu penampar hinggap di pipi Jae Jeoong"And one more , don't dare to stare me like that."Kata Hae Won yang cuba untuk memberi amaran.

Selepas Hae Won beredar , Jae Jeoong pun bersuara kepada Jong Suk dan Kyu Jong "Manusia ke dia ni.Menakutkan."
Masa itu juga Jong Suk membalas "Sebab die dah ternampak satu peristiwa yang lebih menakutkan"Kata Jong Suk sambil menjegilkan biji mata sebulat-bulat yang mampu di hadapan Jae Jeoong.
Jae Jeoong hanya mampu untuk mengangakan mulut seolah-olah hendak memberi tempat persinggahan kepada lalat.Daebak.
"Sebenarnya dia ternampak kau rijek Yuki tadi..Tu yang dia jadi trauma , fobia ?Erm lebih kurang lah.."Sampuk Kyu Jong pula.
"Err!!!Gila!Kau biar betul!Tadi tu aku cuma berlatih untuk pementasan sekolah lah.Next week aku ade teater.Huh..Korang tolong la jelaskan kat die."Rayu Jae Jeoong.

Di sebuah pondok bas . . .

"Kyu Jong sayang ! Jong Suk sayang . Saranghae." Kata Hae Won sambil memeluk mereka berdua.
"Eh gila.Pergi peluk Jae Jeoong sane.Jauh-jauh dari aku."Kata Kyu Jong dengan kejamnya.
Apabila terlihat Jae Jeoong dari jauh , dengan selambernye Jong Suk memeluk Hae Won dengan gediknye semata-mata nak buat Jae Jeoong berapi.Nakal betul "Takpe Hae Won sayang , abang Jong Suk ade dekat sini walaupun abang Kyu Jong tak suke.Demi sayang , lautan api pon abang Jong Suk sanggup redah tau.."

Kyu Jong sudah membuat aksi seperti perempuan pregnant.Konon-kononya termuntah--" ataupun dengan lebih tepatnye eksyen dah nak terberanak.Over betul.Kot yer pon nak perli tu agak-agak la.Manakala Hae Won yang niatnya cuma nak bergurau telah berubah biru mukanya.Apatah lagi Jae Jeoong yang sudah berapi kat belakang tanpa pengetahuan Hae Won.Kenapa Jae Jeoong berapi ?Tu pon nak tanya. Sah lah die suke Hae Won.Minah tu jer over menghayati skrip.Kan dah salah faham..

"eh eh , tepi -tepi . Prince Jae Jeoong nak lalu.Nak selamatkan Princess Hae Won daripada terrorist gatal macam kau!"kata Jae Jeoong sambil menepis tangan Jong Suk.
"Oh adinda sayang , jangan lepaskan kanda..Tidakkk ... ."Kata Jong Suk (over betul)
"Aku tak terlibat"Sampuk Kyu Jong.Tanpa memperdulikan drama sebabak itu , dia terus menyumbat telinganya dengan earphone.Volumenya paling kuat sekali.Pekak nanti padan muka..
"Tidak kanda ku sayang.. Ucapkan selamat tinggal kepada adindamu"Balas Jae Jeoong sambil menarik tangan Hae Won dengan lajunya.

"Kau , jangan cari pasal la..Lepaskan aku lawey.Kau ingat ni love story zaman Neolitik ke main tarik2 tangan?"Kata Hae Won sambil mencuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman Jae Jeoong.
"Dah tu , kau pun ape kurangnya.Kau ingat ni love story zaman Paleolitik nak maen lukes2 gamba katon untuk mengekpresikan kan CINTA kau."Kata Jae Jeoong sambil menayang-nayang surat Hae Won di depan-depan muka pemilik surat.
Pemilik surat(Hae Won) tersebut terkaku malu...

"Err , Hae Won.Saranghae.."Kata Jae Jeoong.
"Tapi aku , err.Mana mungkin layak untuk kau cintai"
"Kau ingat aku ni suka berdrama zaman tok kaduk ke weh?.Yang kau nampak aku rijek Yuki tu part of my teater untuk next week.."
"OMG kau tau aku skodeng kau.Ugh aku nak panjat pokok sekarang jugak?"
"Gile ape aku tak tau.Dah lah nyorok balik pokok..Hah , pergilah .Panjat!Cakap kat satu sekolah.I LOVE KIM JAE JEOONG"Perli Jae Jeoong.

Fanfiction 3 :My Heart Belong To You

Title:My Heart Belong To You
Artists Involved:Kim Myung Soo (Infinite) , Park Ji Yeon (T-Ara) , Jessica (SNSD) Jeon Boram (T-Ara)
Main Character:Kim Myung Soo , Park Ji Yeon , Jessica
This Fanfiction : Is belong to Ryo Chiyoko

Saat itu , bintang-bintang di langit berkelip dengan indahnya tatkala jejaka yang bernama Myung Soo terbaring di atas sebuah bangku di sekitar taman permainan kanak-kanak di kawasan perumahannya.22 April 2011 , tarikh itu merupakan tarikh yang paling dikenangnya seumur hidup di mana dia telah dipermainkan oleh seorang wanita yang amat dicintainya.Sedetik pun dia tidak akan melupakan gadis itu iaitu gadis yang sentiasa menghiburkan hatinya tatkala hatinya berasa sedih.Setiap saat indah yang dikongsi bersama menjadi kenangan buruk dalam sekelip mata apabila Myung Soo menyedari bahawa Jessica telah meluahkan perasaannya kepada Hoya di saat dia menantikan ucapan hari lahirnya pada hari itu.Hatinya terasa tidak dapat dipulihkan lagi setelah luka yang dihadiahkan oleh Jessica begitu membekas di hatinya sehingga kini dia dikenali sebagai seorang kasanova yang tidak berperasaan yang sentiasa memainkan perasaan gadis .Walaupun dia sentiasa memaksa diri untuk melupakan gadis itu namun hatinya tetap mengatakan bahawa dia masih mencintai Jessica.

"Myung Soo , Myung Soo!"Teriak Ji Yeon yang dikenali sebagai kekasih baru nya."Awak buat apa kat sini?Penat saya cari awak tau tak."Bebel Ji Yeon.
"Ah , saya memang biasa lepak dekat sinilah.Dah2, awak jangan risau.Kan sekarang awak dah jumpa saya?"Kata L sambil merenung Ji Yeon dengan perasaan yang penuh serba salah.Ji Yeon begitu mengambil berat tentang dirinya namun dia cuma boleh memberikan cinta yang palsu.
"Teringat dekat Jessica ye?"Soal Ji Yeon dengan riak wajah ceria yang dibuat-buat untuk mengaburi mata Myung Soo tentang kesedihannya yang dirasainya."Takpelah , saya cuma nak cakap Happy Birthday."Sambung Ji Yeon sambil mengucup dahi Myung Soo dengan penuh kasih sayang sehingga Myung Soo mengalirkan airmata.Dia tidak pernah menyangka bahawa Ji Yeon begitu ikhlas sekali terhadap dirinya.
"Terima kasih Ji Yeon."Kata Myungsoo lantas menggenggam tangan Ji Yeon dengan erat."Mari saya hantarkan awak balik.Nanti esok macam mana nak pergi sekolah kalau lambat bangun."Kata Myung Soo sambil mengesat airmatanya.
Ji Yeon cuma mampu menghulurkan sapu tangan kepada Myung Soo"Myung Soo ah!Jangan lah nanges.Nanti saya pun nak nanges bile tengok awak nanges."Kata Ji Yeon yang turut mengalirkan airmata.

Cahaya lampu yang begitu terang menyinari mereka berdua dengan gelak tawa yang tak henti-henti.Pertama kalinya Myung Soo ketawa dengan bahagia pada hari lahirnya.Dia juga tidak menyangkan bahawa Ji Yeon mampu membuatkan dirinya terhibur di saat dirinya tak mampu lagi berdiri dengan betul di dalam dunia ini.Telatah Ji Yeon yang kelam kabut dan comel sentiasa membuatkan dia tersenyum.Hari demi hari , dia jatuh hati pada Ji Yeon tanpa disedari.Namun tidak pernah sekali pun dia menyatakan cinta kepada Ji Yeon.

Di sekolah...

"Hey!Ji Yeon.Mana Myung Soo?"Soal Boram  sambil menyergahnya dari belakang.
"Hoi kau ni memang ada niat nak bunuh aku ke ?Aku nak hidup lagilah.Dia ada dekat bumbung sekolah kot."Kata Ji Yeon."Erm , apa kata kau teman aku pergi cari dia?Boleh tak?"
"Of course.Aku tak kesah pun.Lagi pun lepas ni kan kelas PJK.Baik aku skip je.Malas betul nak tukar baju"Kata Boram sambil mendengus dan mencuit-cuit pipi Ji Yeon dengan gaya comelnya."Eh , kau tau tak Jessica baru clash dengan Hoya.Nampaknya macam aku ade peluang je.Tapi dengar cite die tengah try nak dapatkan Myung Soo balek.Baik kau hati-hatiHahaha"Kata Boram sambil ketawa yang dibuat-buat sehingga Ji Yeon terkaku.Mungkinkah Jessica akan berbalik kepada Myung Soo ?

Ji Yeon dan Boram berkejar-kejaran sambil bergurau senda sehinggalah tiba di bumbung sekolah.Setibanya dia di situ , dia mendapatkan Myung Soo yang sedang lena di satu sudut yang agak teduh.Tanpa membuang masa dia mengorak langkah dengan laju sehingga rambutnya yang disikat rapi itu berterbangan ditiup angin.Saat itu juga sekeping kertas telah melayang tepat-tepat di mukanya sehingga dia menjerit terkejut.Dengan pantasnya dia memanggil Boram sehingga Myung Soo terbangun dari mimpinya..

"Waeyo?!"Soal Boram sambil mengambil kertas yang terlekat di muka Ji Yeon.Apabila dia terlihat Myung Soo dengan pantasnya dia melambaikan tangan dengan segaris senyuman kepada Ji Yeon.
"Ji Yeon?Macam mana awak tahu saya dekat sini?"Soal Myung Soo sambil menggosok-gosok matanya.
"Awak tau tak , sebelum kite kapel ni saya selalu stalk awak.Jadi awak tak perlu hairan lah saya tahu.Awak tahu tak Myung Soo, saya rasa bersyukur sangat dapat bersama dengan awak walaupun sebenarnya saya tahu hati awak tak ada pada saya pun kan?"Kata Ji Yeon sambil merenung awan yang semakin kelabu."Saya tau awak still sayang kan Jessica.Jadi kalau awak nak balik semula dengan dia saya tak kisah asalkan awak bahagia saya turut gembira."Sambungnya sambil melemparkan senyuman yang tak mungkin Myung Soo akan lupakan.
"Saya mintak maaf pada awak Ji Yeon..." Kata Myung Soo tanpa menjelaskan sebab atas maafnya itu.Dengan pantasnya dia berlalu pergi meninggalkan Ji Yeon sendirian di bumbung.Ketika itu juga airmata Ji Yeon mengalir tanpa segan silu.Baiklah , semuanya berakhir disini..

Sedang Myungsoo berjalan menuju ke arah kantin tiba-tiba dia disapa oleh Jessica "Hey , Myung Soo.."
"Erm hai"Balas Myung Soo endah tak endah.Sesungguhnya perasaannya pada Jessica telah pudar sepenuhnya sejak bertemu dengan Ji Yeon.
"Wah , awak dah jadi lain lah Myung Soo...Kenapa awak macam ignore saya je?"Soal Jessica
"Erm perlu ke aku ungkit balik sebab aku ignore kau sekarang?You've left me being alone!Mainkan perempuan."Balas Myung Soo."Kau tak pernah tau ke rasa sakit ?Aku sayang kau sepenuh hati.Tapi kau tak pernah hargai.Tapi takpe , aku anggap kita memang takde jodoh.Asal kau bahagia"Balas Myung Soo
"Awak masih sayang saya?"Soal Jessica
"Yups , betul .Saya sayang awak sangat-sangat.Tapi saya nak awak tau yang itu adalah perkara yang lepas.Dan sekarang perasaan tu dah hilang setelah saya jumpa seseorang..Saya rasa awak pun tau siapa orangnya."Balas Myung Soo sambil merenung tin kopi yang berada ditangannya.Setelah itu , dia pun beredar untuk mencari Ji Yeon..

Myung Soo menjadi begitu serba tak kena apabila dia tidak menjumpai Ji Yeon di mana-mana termasuklah bumbung yang menjadi lokasi pertemuan mereka yang terakhir.Dengan resahnya dia berlari sehingga terlanggar Hoya yang sedang membaca komik sambil berjalan.
"Cari Jessica ke bro?"Soal Hoya."Jgn lah kelam kabut sangat.Dia ada dengan Ji Yeon dekat padang sekolah."sambungnya lagi.
"Err thanks ya bro.Aku blah dulu"Kata Myungsoo sambil berlalu pergi.

Setibanya di padang , Myung Soo tidak juga menjumpai Ji Yeon.Hatinya tertanya-tanya di manakah hilangnya Ji Yeon.Tanpa membuang masa , dia menuju ke pejabat dengan segeranya tanpa memperdulikan guru-guru yang berada di dalam.Tangannya dengan pantas mencapai mike yang kebiasaannya digunakan untuk membuat pengumuman mencari Ji Yeon.Senang siket , tak payah susah-susah nak terlari-lari macam kucing hilang anak.

"Ji Yeon!Mana awak Ji Yeon!Keluarlah cepat!Saya penat cari awak ni." Teriak Myung Soo.
Ji Yeon yang berada di dalam tandas agak terkejut dan dengan segeranya naik ke pejabat untuk mendapatkan Myung Soo.
"Hey.Apa awak buat ni Myung Soo.Saya ada kat sini lah."Kata Ji Yeon sambil menarik tangan Myung Soo keluar daripada pejabat tersebut apabila mereka berdua telah menjadi perhatian para guru"Cikgu-cikgu semua , kami berdua mintak maaf.Myung Soo ni demam 40 darjah celcius hari ni.Doktor cakap otak die mungkin tak berfungsi dengan betul.Saya dah suruh die jangan datang sekolah tapi dia degil"Sambung Ji Yeon sambil mengangkat tangan kanannya sebagai isyarat untuk beredar.
"Mana awak pergi ?"Soal Myung Soo dengan muka comelnya.
"Err , tandas.Niat nak melepas tak jadi tau tak!"Balas Ji Yeon.
"Sorry .Sorry."Balas Myung Soo dengan malunya."Err , ada something yang saya nak cakap ni"Sambungnya.
"Ape bendenye?Mintak maaf lagi ke ?Tak payah lah Myung Soo.Saya ikhlas lepaskan awak.."Kata Ji Yeon sambil merenung Myung Soo.
"Betul , saya nak mintak maaf"Jawab Myung Soo.Ji Yeon cuma tersenyum hambar."Saya nak mintak maaf,sebab saya tak boleh lepaskan awak.Saya sayang awak.Saya cintakan awak"Sambung Myung Soo.

Ji Yeon terdiam , jantungnya berdebar-debar dan mukanya menjadi merah.Begitu juga dengan Myung Soo.Tanpa disedari , Jessica yang menjadi pemerhati secara diam-diam terkesima dengan apa yang dilihatnya.Pertama kali dia melihat Myung Soo meluahkan perasaan kepada gadis selain dirinya.Jessica berasa agak sedih namun , dia juga berasa bersyukur kerana Myung Soo sudah bertemu dengan orang yang betul-betul mencintai dirinya.Hatinya berasa lega dan bebas daripada rasa bersalah kerana meninggal kan Myung Soo suatu ketika dahulu.

"Kalau saya masih bersama Myung Soo , saya tak jamin dia akan merelakan saya untuk pergi."Kata Jessica kepada Hoya.
"Awak sedang menyeksa diri dan dia jugak.Kenapa awak tak terus terang je pasal penyakit awak kat Myung Soo"Soal Hoya.
"Saya harap dia dapat membenci saya..Kalau saya dah takde nanti , everything will be alright maybe.Saya taknak tengok dia sedih.Doktor ada cakap , peluang untuk saya mendapatkan penderma jantung ni susah sangat.Saya cuma boleh membilang hari je lagi."Balas Jessica.
"Baiklah , memandangkan awak ni kawan saya.Saya setuju untuk couple dengan awak..Saya akan simpan rahsia awak"Kata Hoya sambil menenangkan Jessica.Hatinya juga berasa berat untuk menyakiti Myung Soo.Namun apakan daya memandang kan itu adalah permintaan terakhir Jessica.

"Hoi minah!Kau buat ape kat sini?Stalk dorang ker?"Sergah Boram sambil mengangkat-ngangkat keningnya.Jessica agak terkejut dan berkata "Eh , kebetulan jer lah aku kat sini.Aku tertinggal something."Balas Jessica.

Tengahari itu berlalu dengan sepinya sehinggalah petang menjelma.Jessica mengeluarkan headphonenya dan memainkan lagu FT Island di handhonenya yang bertajuk You Are My Love.Setelah itu , dia melangkah keluar dari kelas dengan langkah yang begitu perlahan.Takdir menemukannya dengan Myung Soo di tepi jalan ketika dia pulang dari sekolah.Namun kehadiran Myung Soo seperti tidak membawa apa-apa kebahagiaan buat dirinya..Dengan pantasnya dia melintas dan tanpa disedari sebuah kereta menuju ke arah nya..

Tubuh Jessica tercampak ke tepi jalan.Seseorang telah menyelamatkannya iaitu Ji Yeon..Saat itu , tubuh Ji Yeon berlumuran dengan darah dan tak mampu untuk bangun lagi.Di dalam dakapan Myung Soo Ji Yeon mengukirkan senyuman...Jessica berlari untuk mendapatkan Ji Yeon namun sebelum sempat  mendapatkan Ji Yeon dia rebah di jalanan kerana dirinya sudah semakin lemah.

"Myung Soo , janji dengan saya.Jaga Jessica elok-elok..Dia amat perlukan awak..Saya tak rasa lagi saya dapat bertahan.Jadi saya harap , awak terima Jessica semula dalam hidup awak"Kata Ji Yeon sambil menahan sesak di dadanya."Setiap saat saya bersama awak tak mungkin saya dapat lupakan.Saya tak pernah menyesal kenal dengan awak."Sambung Ji Yeon sambil menghembuskan nafasnya yang terakhir.Airmata Myung Soo mengalir dengan lajunya..

Di Hospital...

"Aku kat hospital ke ni?"Kata Jessica kepada dirinya sendiri.Tiba-tiba dia terpandang akan Myung Soo yang lena di sebelahnya.."Aphal dia dekat sini.Ah ya! Ji Yeon!Mesti cari Ji Yeon."Sambung Jessica sambil mencari-cari Ji Yeon..
"Awak cari siapa Jessica?" Soal doktor yang berada di situ.
"Ji Yeon!"Jawabnya sepatah.
Doktor tersebut menggelengkan kepalanya sehingga menimbulkan rasa ingin tahu Jessica"Jessica , Ji Yeon dah tak ada...Dia dah pergi meninggalkan dunia ni."Kata Doktor yang dikenali sebagai doktor Kim itu."Kalau awak nak tahu , dia dah dermakan jantung dia kepada awak.Awak boleh hidup dengan normal lepas ni.."Sambungnya lagi sehingga airmata Jessica tidak dapat ditahan lagi.Saat itu terngiang-ngiang kata-kata Ji Yeon di telinganya..

"Saya tahu korang berdua still sayang antara satu sama lain..Awak tak boleh tipu saya Jessica.Myung Soo pun sama."Kata Ji Yeon.
"Myung Soo sungguh cintakan awak.Saya kenal Myung Soo Ji Yeon..Percayalah."Balas Jessica.
"Boleh tak tunaikan satu permintaan saya untuk menghilangkan rasa bersalah ni?"Soal Ji Yeon.
"Saya tak harap awak suruh saya kembali pada dia.Saya tak mampu berikan kebahagiaan untuk dia.Saya tak mungkin boleh hidup lama selagi tak jumpa penderma.Awak jagalah Myung Soo"
"TAK BOLEH!Orang tu mesti awak jugak!Saya tak boleh.Janji lah dengan saya"Kata Ji Yeon sambil merayu sehingga menimbulkan rasa aneh dalam hati Jessica.

Kini baru Jessica tahu mengapa Ji Yeon berbuat demikian."Baiklah Ji Yeon.Saya akan penuhi permintaan awak"Kata Jessica dalam airmata.Myung Soo yang tadinya terlelap kini terjaga.."Jessica.."Katanya lantas memeluk Jessica dengan eratnya."Ji Yeon dah takde lagi.Macam mana saya nak teruskan hidup lagi.."Dengan pilunya Jessica membalas"Takpe , saya akan sentiasa ada disisi awak bersama jantung Ji Yeon yang berdegup dalam diri saya...Demi tunaikan permintaannya saya takkan pernah tinggalkan awak lagi.."Kata Jessica.."Asal awak tahu , saya tak pernah menyesal kenal dengan awak.."Sambungnya lagi..

Kata-kata Jessica membuatkan Myung Soo terpaku..Dia teringat akan kata-kata terakhir Ji Yeon."Ji Yeon...Awak masih disini.."Kata Myung Soo.Jessica merenung Myung Soo dengan wajah yang aneh.."Hey , i'm Jessica."Kata-kata Jessica membuatkan Myung Soo tersentap namun dia dapat merasakan bahawa Ji Yeon berada di dalam diri Jessica...

"Saya janji akan mencintai awak sepenuh hati.Saya harap awak dapat terima saya balik"Balas Myung Soo apabila dia teringat akan janjinya kepada Ji Yeon.




Fanfiction 2 : Love Kick

Title:Love Kick
Artist Involved :Hoya (Infinite) ,Hyo Sung (Secret) Hyo Min (T-Ara) Jae Hyo (Block B)
Main Character: Hoya and Hyo Sung
This Fanfiction : Is Belong to Ryo Chiyoko And sincerely for Fatin Shafiqa



Disebabkan pagi yang sungguh indah itu amat membosankan , Hyo Sung mengambil keputusan yang tidak berapa bernas , iaitu untuk  menggangu pelajar baru yang berada di sebelahnya.Pelajar itu dekenali sebagai Hoya yang sungguh kerek .Sejak dia masuk ke kelas itu , kehidupan Hyo Sung bertambah terseksa lebih - lebih lagi dia terpaksa mendiamkan diri sepanjang minggu ini . Huh , seksa, seksa...Hari ini dia nekad untuk berbicara dengan Hoya.Tak sanggup rasanya tak boleh bercakap.Al maklumlah , mulut becok .Masakan boleh diam.Baru 3 hari Hoya masuk kelas tuh .Yang peliknya kenapa lah Hoya ni diam sangat .

"Err , brader.." Panggil Hyo Sung dengan mencuit-cuit bahu Hoya.
Hoya mengalih pandangannya kepada Hyo Sung dengan pandangan yang begitu tajam.Oh!Tertusuk Hyo Sung."Kau nak apa ?" Soal Hoya sambil menanggalkan earphone dari telinganya.
"Err , boleh tak keluar sekejap ?I need to talk with you my dearest friend.Let's get out of here."Kata Hyo Sung sambil menarik tangan Hoya.
"Nak pergi mana ni ?"Soal Hoya terpinga-pinga.
"Ikot jelah , duduk diam-diam.Jangan sampai aku campak kau dari tingkat 3 ni.Faham!!"Kata Hyo Sung memberi amaran tegas kepada Hoya.Huh , ni dah boleh dikategorikan penculikan ni .Tapi penculikan yang tak bersiri la.
"Oh , okey --" " Kata Hoya.Dia cuma mengikut langkah Hyo Sung tanpa memberontak.Selepas itu , dia menyumbat kembali earphone ke dalam telinganya.Hai mamat ni .Suka sangat hidup dalam dunia sendiri.

Setelah sampai di suatu tempat yang sungguh aman dan damai a.k.a padang sekolah yang disinari sang mentari pada waktu pagi , Hyo Sung memberhentikan langkahnya dan melepaskan tangan Hoya.Aduh , macam drama bersiri je -_-..Hyo Sung mencekakkan pinggangnya dan menjeling Hoya yang sedang termenung jauh.Kuat berangan betul mamat ni."We need to talk Hoya..Cabut earphone nih."Kata Hyo Sung sambil mencabutkan earphone tersebut.
"What the hell ?Apa yang kau nak cakapkan ni?Cakap jelah sekarang."Balas Hoya dengan muka sombongnya.
"Hello dear , kau buat aku terseksa tau tak .Yelah , aku ni mulut becok kan?Bila duduk sebelah kau aku langsung tak boleh nak bercakap langsung.Boleh tak kalau aku cakap lain kali kau jangan ignore aku ?Aku rasa macam tunggul selama 3 hari kau bertapak dekat sekolah ni.Boleh tak jangan kerek sangat ?Kekerekan kau menyusahkan warga sekolah ni terutamanya aku.You know that?"Soal Hyo Sung .
"Masalah kau , bukan masalah aku pun kan ?Aku bahagia dengan cara aku .Suke hati aku lah ."Balas Hoya dengan muka menyampahnya.
"Okey fine , kau ikut suka hati kau . Aku pun ikut suka hati aku lah ek ?"Kata Hyo Sung sambil menendang betis Hoya dengan lajunya.Hoya meraung kesakitan dek penangan juara taekwondo sekolah 4 tahun berturut-turut Hyo Sung..Dia menggelupur bagaikan orang yang nazak diatas rumput-rumput yang masih basah dengan titisan embun.
"Sakitlah bodoh!"Teriak Hoya.
Hyo Sung senyum dengan penuh sindiran yang sungguh pedih "Eh, suka hati aku lah nak buat apa.Masalah kau , bukan masalah aku pun kan?"Perli Hyo Sung dengan menggunakan ayat yang diungkapkan oleh Hoya sebentar tadi."Nice rite?Nak lagi?" Soal Hyo Sung sambil mengangkat kakinya seolah-olah hendak memijak muka Hoya yang sedang meraung kesakitan.Teruk betul Hoya kena buli dengan minah ni . Dahsyat sungguh.Dah lah tu Hoya , dengar je lah cakap perempuan ni kalau taknak mati terguling-guling atas padang.
"Kau ni gila betul ek??Kau nak bunuh aku ke?Okeylah.Aku dengar cakap kau tuh."Balas Hoya sambil mencuba untuk bangun."Aduh sakit sungguh , dah lumpuh ke aku ni ?Kalau lumpuh aku lepas ni.Kau ganti kaki aku dengan kaki kau.Aku ambek kaki kau , kau ambek kaki aku!"Kata Hoya sambil meraba-raba kakinya.
"Eww , berani kau nak tukar kaki aku dengan kaki kau yang berhutan hujan tropika tuh ?Huh , tak ingin aku..Lainla kalau kaki kau tu lembut , licin , halus , kurus mcm model takpe jugak !Ini tidak .So , batalkan lah niat kau nak tukar kaki dengan aku..Kalau perlu sangat , aku belikan je kaki besi dekat kau."Balas Hyo Sung dengan gaya jijiknya.Imagnasi Hoya memang tinggi sehinggakan kaki pun perlu ditukar-tukar .
"Hutan?Apa maksud kau?Eh!! Kaki aku tak berbulu mcm gorilla okey!!!!Babo, babo , babo."Teriak Hoya."Arghh , saketnya!"Teriaknya kesakitan.
"Hah , tgk tu kan . Kata lagi orang babo.Kan dah saket .By the way lah kan , aku tak cakap pun kaki kau berbulu-bulu mcm gorilla.Kau sendiri yang cakap.Aku cuma cakap kaki kau mcm hutan hujan tropika..Kau yang melebih-lebih nak mengaku kaki kau berbulu-bulu mcm gorilla.I never said that kaki you tu berbulu pun kan ?"Balas Hyo Sung sambil tersenyum lebar apabila Hoya telah termakan dengan kata-katanya sendiri.Daebak! Pembulian fizikal dan juga mental yang mencabar kesabaran Hoya."Hah , sudah lah tu .Need a help or not ni?Cepat la , nanti cikgu nampak kau yang susah .Bukannya aku.Aku ni anak murid yang sangat dipercayai cikgu.So aku cakap apa pun diorang caya.Amacam?Boleh bangun tak ni?"Soal Hyo Sung sambil mengangkat Hoya.
"Oi , kuat jugak kau angkat aku eh?"Kata Hoya yang terkejut dengan kebolehan Hyo Sung.
"See my leg la...Juara taekwondo nieh."Balas Hyo Sung sambil menayangkan kakinya dengan bangga.
"See your leg ?Oh No way la wehh!! Parah kaki aku --" " Kata Hoya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Tidak lama selepas itu , Hyo Sung memapah Hoya ke bilik rawatan dengan berhati-hati.Sungguh diakuinya yang Hoya teramatlah berat tetapi demi menunjukkan yang dia tu kuat , dia mengerah seluruh tenaga untuk memapah Hoya.Lagi pun salahnya sendiri , siapa suruh sepak Hoya sampai nak patah kaki mamat tuh . Kan dah menyusahkan diri sendiri.Hyo Sung bermain-bermain dengan langsir bilik rawatan itu untuk menghilangkan kebosanannya sementara menunggu kaki Hoya dirawat.Apabila Hoya selesai menerima rawatan , terus dia mengetawakan kepala Hoya yang berbalut.Sungguh aneh rasanya.Kaki yang sakit , kepala yang berbalut.

"Hoi , nak tanya sikit! Apehal kepala kau yang berbalut ni?Aku sepak kepala ke kaki tadi?Ish , bia bebetul.Aku memang lah kejam.Tapi takdelah kejam sangat sampai nak bunuh orang.Sepak kepala tu boleh mengakibatkan amnesia ataupun meninggal dunia.Tapi kalau kau memang nyanyuk,tu bukan salah aku lah.Ni kau still ingat aku lagi ke tak ni ?Aku Hyo Sung ^_^ orang terakhir yang jumpa kau.Yang memberikan sepakan percuma kepada kau?Ingat tak?"Soal Hyo Sung sambil mempamerkan giginya.
"Lawak apa kau buat ni?Tak kelakar la weh."Balas Hoya yang juga bengang dengan rawatan yang terimanya.Masakan kepalanya yang dibalut.Huh
"Lawak?Oh , aku tak buat lawak pun.Aphal kau kata lawak.Ke memang lawak tapi kau tak boleh nak gelak?Sistem ketawa kau dah rosak eh?Kesian la kau kawan."Kata Hyo Sung.
"Eii , aku lempang minah ni karang!"Kata Hoya dengan geram.
"Ah, mari sini , lempang lah.Lempang lah."Kata Hyo Sung sambil terkinja-kinja seperti anak kecil.Tiba-tiba matanya menjadi tajam."Tu pun kalau kau nak rasa lagi penyepak mcm tadi lah.Aku rasa tak terer sangat tadi tu..Lain kali aku boleh beri lagi dan lagi."Kata Hyo Sung sambil ketawa terbahak-bahak.Lalu Hoya yang berada di belakangnya ditinggalkan.
"Minah ni . Minah ni ! Memang gila."Omel Hoya sambil menggenggam buku limanya.Alahai , mcm lah kuat sangat.Sepak sikit pun dah tumbang macam pokok kelapa kena tiup angin.Huh.Sudah lah tu Hoya.Lupakan niat kau untuk berlagak.

Hoya masuk ke kelas dengan kaki yang terjengket-jengket.Hyo Sung yang berada di meja langsung tidak memperdulikan kehadiran Hoya yang begitu menyayat hati tuh.Matanya lebih terfocus kepada dua ekor burung yang sedang dating dengan pasangannya diatas tiang bendera.Ohh so sweet.Hoya memandang Hyo Sung dengan perasaan geram.Namun geramnya cuma boleh dilepaskan melalui pemandangan nya itu . Hahaha."Oh sweet kan burung tu Hoya?Kan Hoya kan?"Soal Hyo Sung.
"Aah , sweet sangat-sangat la kan?"Balas Hoya dengan senyuman yang tak ikhlas langsung sehingga Hyo Sung mencebikkan bibirnya.
"Brader , niat aku ikhlas.Cuma nak kawan dengan kau je.Tapi kalau macam ni kau layan aku takpe lah.Aku rasa lebih baik kita terus diam macam dulu lah.Tak payah cakap ape-ape.Senang cerita kan?Okeylah.Aku keluar dulu , dah nak rehat lagipun ni.Erm , aku rela tak bercakap seumur hidup dengan kau..Okey bye!Annyeong."Kata Hyo Sung dengan hambar.Dia melangkah dengan penuh rasa yang tak dapat diungkapkan.

Setibanya di kantin,Hyo Sung memasukkan duitnya ke dalam mesin automatik untuk membeli minuman.Malangnya mesin itu telah rosak dengan tiba-tibanya dan menelan duit itu.Hyo Sung teramatlah bengang sehingga mesin itu disepaknya bertubi-tubi.Mentang-mentanglah tak ada orang, suka hati kau je nak bervandalisme dengan bahagianya.Itu bukan mesin untuk melepaskan geram ya cik Hyo Sung.Mesin tu hak sekolah untuk semua warga sekolah bukan untuk kau sorang.

"Alahai , kenapa lah malang sangat ni!Aku dah lah haus gila ni."Bebel Hyo Sung.
Tanpa diduga Hoya menghulurkan setin coke kepada Hyo Sung."Kalau tau haus.Jangan lah banyak bercakap.Itu akan mengakibatkan saliva anda hilang dengan banyaknya..."Kata Hoya.
"Cehh" Balas Hyo Sung sambil meneguk coke tersebut."Trimas ye brader , sedap coke ni.Ikhlas tak ni?"Soal Hyo Sung.
"Hah?Boleh kau kata tak ikhlas.Aku bagi yang aku punya dekat kau tu tau tak..Aku pun tak minum semata-mata sebab kau merajuk."Kata Hoya.
"Chinca ?Ohh minumlah jugak air ni.Kesian kau.Kalau ye pun nak buat baik jangan lah sampai menyeksa diri tau."Kata Hyo Sung sambil menyumbat straw dalam mulut Hoya.
"Kamsa."Kata Hoya.
"Nae , cheonma."Balas Hyo Sung.

Setelah itu , mereka berdua menuju ke arah kantin untuk membeli makanan.Disebabkan Hyo Sung ni seorang yang kuat makan, dia telah membeli 5 packet hot dog  untuk dimakan sekaligus.Hoya amat terkejut dengan tabiat si Hyo Sung ni. Berkali-kali dia menelan air liur melihat Hyo Sung yang begitu berselera..Ramen yang dibelinya tadi langsung tidak dijamah seolah-olah kenyang pula melihat Hyo Sung makan..Yeah -_- sabarlah Hoya.

"Kau...Kau..Kau..Kuat giler makan!"Kata Hoya.
"Hello bro , aku makan 2 hari sekali.Memang lah macam ni.Apa kau ingat aku hari-hari makan macam ni?Oh matilah aku macam ni."Balas Hyo Sung.
"Ohh..."Balas Hoya sepatah..Teringin pulak aku nak makan macam tu.Desis hati Hoya."Erm , kau tinggal kat mana?"Soal Hoya lagi.
"Erm , aku tak boleh bagitau.Nanti kau stalk rumah aku.Yelah, aku kan comel"Kata Hyo Sung dengan muka kucingnya"Meow,meow,meow..."Sambung Hyo Sung yang mengundang ketawa Hoya.
"Takleh blah tengok muke kau..Tolonglah jgn buat aku gelak macam hantu."Kata Hoya sambil menekan-nekan perutnya.
"Ahh , memang tu pun tujuan aku.Kau tak pernah nak gelak pun selama ni.Tahniah , sistem ketawa anda dah berfungsi kembali dengan normalnya.Tapi , errr , stop lah ==" orang semua pandang kita ni.Kau yang gelak aku disabit sekali.Aku tak nak jadi famous sebab aku dah cukup famous."Balas Hyo Sung dengan nada yang begitu perlahan..
Hoya memandang sekelilingnya dengan ramen yang masih belum dikunyah.Jelas para pelajar sedang giat memerhatikannya.Dengan bangangnya Hoya melambaikan tangannya seperti artis .Hambek kau nak , satu kantin ketawakan kan kau.

Hyo Sung membatalkan niatnya untuk menghabiskan hotdognya tadi memandangkan Hoya sudah "famous" diketawakan para pelajar.Hilang seleranya untuk makan.Tangan Hoya ditarik dengan rakusnya untuk kali kedua..Tetapi hot dog dan juga ramen milik Hoya tidak ditinggalkan malah diangkutnya sekali.Tak baik membazir.Setelah tiba di padang , Hyo Sung membuat aksi seolah-olah nak membentang tikar.
"Hari ni kita berkelah kat padang yang aman mcm pantai ni okey?Nah ramen kau..Ambek ni.Makan kenyang-kenyang sampai buncit mcm hot air ballon pon tak ape."Kata Hyo Sung."Duduk lah ye, takkan aku nak menjemput pulak , over lah tu namanya.Karang makan lagi penyepak macam pagi tadi .Huh , 1st time aku rehat dengan budak laki.."Sambungnya lagi.
"Selama ni kau rehat dengan sapa ?Huh , tak sangka pulak kau ni takde kawan.Nampak macam femes.Hahaha , kesian kau ek.Takpelah aku jadi kawan kau yer." Kata Hoya.
"Ish! Ape pulak.Aku ade lah kawan.Cuma kau tak kenal.Nama dia Min Ah.Dia pindah time kau masuk kelas ni.Kira mcam korang bertukar serentak la ni.Tempat yang kau duduk selama ni sebenarnya tempat Min Ah lah.Sebab Min Ah dah pindah , tu pasal la cikgu bagi kau duduk sebelah aku walaupun sebenarnya aku tak menginginkan perkara itu berlaku.Namun apakan daya , aku tak mampu melawan takdir yang memaksa aku untuk bersama dengan kau?Amacam.Sadis tak kisah aku?Mestilah kau sadis jugak.Kau kan watak utama jugak.Aku tau kau tak suka dengan aku.So sabarlah ye.Bila-bila nanti kita boleh deal dgn cikgu.Kita tukar tempat.Aku duduk sebelah Hyo Min kau duduk sebelah Jae Hyo?Nak tak?"Soal Hyo Sung dengan mata yang penuh bersinar-sinar.
Dengan pantasnya Hoya menyekeh kepala Hyo Sung yang keras mcm batu tu "Hoi ,kau jangan nak patah kan mood aku lar.Aku dah happy duduk sebelah kau tau tak.Jangan paksa-paksa aku tukar tempat..Kalau , kau paksa jugak tengok ah , takkan tercabut jasad aku dari kerusi Min Ah tu ."Kata Hoya yang semakin tak selesa dengan cadangan Hyo Sung.Masakan disuruhnya duduk disebelah Jae Hyo yang menakutkan tu.Ish tak mau aku.Karang aku ditelannya hidup-hidup lagi parah..Desis hati Hoya lalu kepalanya digeleng-gelengkan.
"Hai , kot yer pun sayang aku janganlah sampai nak tercabut kepala tu kau geleng."Perli Hyo Sung.

Sejak hari itu , Hoya telah menerima Hyo Sung menjadi sahabatnya sehinggalah kini -w- .Hooray!! Hyo Sung pulak semakin happy bila perangai Hoya yang kerek tu dah berubah menjadi friendly sikit demi sikit.Akhirnya Hoya dah boleh bergaul dengan semua murid-murid kelasnya.Hoya yang dulunya selalu hidup dalam dunia sendiri , sudah keluar melihat dunia realiti.Ini semua kerana Hyo Sung yang selalu mengugutnya dengan ugutan yang kejam untuk melatih Hoya supaya menjadi manusia yang normal.Kini , tahap kemanusiaanya sudah stabil.

"Apa kau kata ?Tahap kemanusiaan?Dah tu selama ni aku bukan manusia ke?"Soal Hoya kepada Jae Hyo.
"Manusia yang berperasaan lah ngek.."Balas Hyo Min.
"Hohoho , betul tu . Senang je nak latih mamat ni kau ug..."Belum sempat Hyo Sung menghabiskan kata-kata mulutnya ditekup oleh Hoya sekuat-kuat hati..
"Kau diam."Bisik Hoya sambil melepaskan tekupannya .Hyo Sung cuma mampu menjeling tak puas hati.
"Hohoho .Romantik pulak korang berdue ni ek?"Kata Jae Hyo.
"Hoo! Banyak lah kau punya romantik!"Kata Hyo Sung sambil ketawa yang dibuat-buat.Hahahahah.
"Err , aku blah dulu eh ?Bye-bye sayang ! "Kata Hoya kepada Hyo Sung.
"Ohh , blah la kau.Blah jauh-jauh --" Jgn balek-balek dah kat sini.Pergi , Shiohhh!!!"Kata Hyo Sung sambil menghalau Hoya dengan menggunakan penyapu seolah-olah nak menghalau lalat pulak.

Setelah Hoya berangkat keluar dengan tergopoh gapah akibat penyapu yang Hyo Sung acukan tadi , mereka bertiga pun kembali bergossip seperti biasanya.Walaupun Jae Hyo tidak mahu terlibat , dia tetap join sekaki sebabnya dia malas nak keluar kelas.Apa punya Jae Hyo lah..Sanggup lepak dengan perempuan gara-gara penyakit malas.Gossip pun gossip lah kan?

"Hey , Hyo Sung.Kau tak suka ke dgn Hoya tuh.Sekali aku tengok macam Brad Pitt pun ada tau tak.Handsome oh."Kata Hyo Min dengan muka yang begitu teruja seperti Hoya tu umpama pari-pari yang turun dari langit pulak.Oh , sama species je dengan Hoya .Kuat berangan!
"Brad pitt?Ehh , aku salah dengar ke?Ke kau sebut Beruk Pitt tadi?Telinga aku macam ada masalah pulak.Aihh, kau bawak pengorek telinga tak?Pastu kan , lepas aku korek telinga kau jerit kat telinga aku kuat-kuat.Tak percaya betul aku.Oke lar.Aku pun nak blah jugak.Nak menjejak Si Hoya ni.Mana tah dia pergi.Aku nak suruh dia siapkan assigment aku ni!Hoho."Ketawa Hyo Sung dengan gembira.O yeah! Gelak la kau.

Setelah puas mencari , akhirnya Hyo Sung bertemu juga dengan Hoya yang sedang termenung sendirian di dalam dewan sekolah.Dari caranya termenung , seolah-olah dia putus cinta pula.Hoya memang macam ni suka sangat buat orang salah sangka dengan ekspresi dia yang konon-kononnya frust tuh.Mujur jelah Hyo Sung tak mudah terpedaya sebab dah biasa dengan Hoya.

"Hoya! Hoya ! Hoya!"Teriak Hyo Sung dengan terkecoh-kecoh.
"Apa dia ?Aku tengah berangan ni.Kau ni kacau line la . Bersepai-sepai imagnasi aku.Huh."Rungut Hoya.
"Alah , sini lah.Aku nak suruh kau siapkan kerja sekolah aku.Kau kan pandai.Aku penat la kerja sambilan semalam."Kata Hyo Sung sambil menggeliat."Aku nak tidur kat sini sekejap la.."Sambungnya lagi.Setelah itu , Hyo Sung pun tidur dengan nyenyaknya kat atas pentas dewan macam dewan tu hak milik kerajaan tok nenek dia.

Sementara Hyo Sung tidur,idea Hoya untuk meluahkan perasaannya kepada Hyo Sung tercetus.Marker pen yang ditinggalkan bersepah oleh pelajar-pelajar yang tak bertanggungjawab itu diambilnya.

"Untung jugak ada pelajar macam ni zaman sekarang ni.Hah , senang kerja aku ."Kata Hoya sendirian.

Dengan kreatifnya dia menulis nama Hyo Sung sebesar-besarnya di whiteBoard yang berada di dalam dewan sehingga tangannya merasa lenguh..Setelah selesai operasi yang memenatkan ituselesai , Hoya pun tertidur sekali sambil bersandar pada dinding di mana whiteboard itu berada.Apabila Hyo Sung terjaga dari mimpinya yang indah , dia agak terkejut apabila mendapati perkataan "Hyo Sung ! Saranghae." pada white board tersebut.

"Huh ,apa kebenda pulak ni .Aku ada secret admire ke?"Katanya sambil menggosok-gosok matanya."Tapi sejak bila pulak?Hadoii , tak sangka aku pun ada peminat.Haha."Ketawa Hyo Sung dengan bangga.

Tiba-tiba , tak semena-mena ketawanya terhenti melihat ayat yang berada di bawah ayat tadi."What the heck! By Hoya?Oh my god!"Katanya sambil menekup mulut.Dia memandang ke arah Hoya yang sedang nyenyak tidur.Hak milik kerajaan tok nenek Hyo Sung dah bertukar kepada kerajaan moyang Hoya pulak bila suka-suka hati je si Hoya tu guna langsir dewan sebagai selimut -_-" . Kesian.Walau bagaimanapun , Hyo Sung tak berkelip-kelip memandang Hoya yang sedang tidur tu.Tibe jadi angau pulak.

Untuk kali ini , Hyo Sung memadam namanya dan menukarkannya kepada nama Hoya pula. Ayat "Hoya , nado saranghae" ditulisnya sepenuh hati untuk tatapan Hoya setelah dia bangun nanti.Disebabkan perasaan segan ya amat , Hyo Sung pun terus meninggalkan Hoya yang tidur sendirian di situ sedangkan sebenarnya Hoya dah lama terjaga disebabkan mulut minah ni tak boleh bercakap dengan perlahan.Oh yeah , maknanya Hoya nampak lah Hyo Sung yang tulis tadi.

"Oh Yes Yes Yes Yes !!!!"Teriak Hoya dengan gembiranya.White board itu dipeluk-peluknya seperti orang hilang akal.Hyo Sung yang berada tak jauh dari dewan cuma mengetawakan Hoya.Ada segaris senyuman yang membawa kebahagiaan di bibirnya.

"Okey , Hoya.We'll see what's going to happen after this."Kata Hyo Sung sendirian..