Sunday 4 December 2011

Fanfiction 1 : Bestfriend Or More


Title:Bestfriend or More 
Artist Involved:Kevin and U-Kiss ,Jo Young Min ,Jo Kwang Min and Dong Hyun ZE:A
Main Character: Futama Yuki and Kevin 
This Fanfiction : Is Belong to Ryo Chiyoko and sincerely for Futama Yuki.



Kevin dan Yuki adalah sahabat baik sejak dari kecik kerana rumah mereka bersebelahan.Setiap petang, Yuki akan ke rumah kevin untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama Kevin atas paksaan mamanya.Sikap Yuki dan Kevin amat berbeza.Yuki lebih berminat untuk main-main.Manakala Kevin pula seorang yang bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang dilakukannya.Yang menjadi tali persahabatan mereka hingga kini adalah minat mereka terhadap sebuah K-Pop group yang dikenali sebagai U-Kiss..

"Yuki chan , aku rasa teringin sangat nak join group U-KISS tu.Apa pendapat kau?Dengar citer dorang ade buat ujibakat nak cari ahli baru..."Luah Kevin
Namun jawapan daripada Yuki amat membengangkan "Gile , sedihnye citer hantu ni.." Kata Yuki.
Kevin tercengang "Cite HANTU kau boleh kata sedih ==" Kau ni memang mereng agaknya..Aku report kat mak kau karang baru kau tau kan?Mak kau suruh datang sini untuk belajar.Bukannya tengok cerita hantu.Tulah kau.Malas belajar sangat..Exam asyik nak Fail je"Bebel Kevin
"Alah kau pernah dengar tak ?Hidup biar gempak.Study WAJIB lepak"Lawan Yuki.
"And one more. Exam fail SUNAT kene penyepak ?Baek kau tutup citer hantu tu sebelum aku jadi hantu lagi SEDIH hidup kau karang"Marah Kevin.
"Alah kau ni.Garang sangat lah..Taknaklah kawen dengan kau bile besar nanti..."
"Siapa yang nak kawen dengan kau ?!!"Jerkah Kevin lalu dhempas pintu biliknya..
GEDEGANGG!!!
"Sensitif betul la  mamat ni.Takpe-takpe"Desis Yuki sambil memikirkan sesuatu..Dengan tiba-tiba Yuki menjerit"WAHH!!
ade U-KISS depan rumah lah!!Fuyoohhh!" Kata Yuki dengan muka excited yang jelas-jelasnya lakonan tak menjadi.Tetapi Kevin yang terlampau excited termakan dengan lakonan nya.Cepat-cepat pintu biliknya dikuak "Mane-mane?Mane U-Kiss?"
"Huh, poyolah kau ni.Aku tipu je."Balas Yuki dengan muke selambernye.
"Sampai hati kau tipu aku..."Kata Kevin sambil memimikkan mukanya.
"Pondanlah kau.Aku nak  balik dulu ye sayang...Pegilah study sane.Ah , kau nak pegi ujibakat tu ye?Perlu ke aku teman?"Soal Yuki dengan seriusnya..
"Erm , boleh jugak.Lemah semangat aku takde kau.."Balas Kevin.
"dasar PENAKUT!!!"Kata Yuki sambil mengetuk kepala Kevin..Untuk menambahkan kebengangan Kevin dengan pantasnya Yuki berlari  balik ke rumahnya sendiri..

Akhirnya hari ujibakat yang dinanti-nantikan tiba jua..Jam loceng Hello Kitty milik Yuki yang berdering sempena hari ujibakat itu mengejutkan Kevin yang berada di dalam biliknya.Jiran sebelah dah terbangun.Takkan tuan punya jam loceng tak bangun2 kot?Hah, memang tulah hakikatnye..Bangunlah Yuki , sebelum Kevin menyerang bilik kau dengan sebaldi air..
"Haih , parah betul bile rumah sebelah-sebelah dengan minah ni..Bilik pon nak sebelah-sebelah...Ish minah ni!!"Bebel Kevin sambil menekup telinganya dengan bantal Hello Kitty pemberian Yuki yang menjadi bantal busuknya..Malangnya dia tak dapat menahan lagi "Yuki chan !!!!!!!!! Matikan jam tu cepat!"Teriak Kevin sambil memanjat masuk ke bilik Yuki tanpa segan silunya.Kot yer pon dah biasa agak-agak laweh.Cakap taknak kawen dgn Yuki karang tak pasal-pasal kene kawen free.Hah baru tau indahnya dunia.

"Yuki.Bangon ah.Jam kau tu bising sangat.."Kata Kevin sambil menggerak-gerakkan Yuki.
"Ah, aku taknak bangun.Bak sini jam tuh"Pinta Yuki.
"Nah."Hulur Kevin.Dengan tragik dan ganasnya Yuki membaling jam loceng tersebut..Berkecai habes.Tercabut telinge si Hello Kitty tu.Kalaulah Hello Kitty bernyawa ,sumpah nahas lah Yuki kene baling dari tingkat 2..
"Woih , agak-agak ler weh ! Dah la.Jangan nak gedik sangat pagi-pagi bute ni.Bangon.Kau dah janji nak teman aku pegi ujibakat tu kan?Cepat la bangun"Kata Kevin sambil mengheret Yuki turun dari katil nya..

Dipentas ujibakat , Kevin telah menyampaikan sebuah lagu dan tarian yang telah melayakkan dia untuk menyertai U-KISS..Dan orang yang paling gembira sekali adalah Yuki.Dia melonjak keriangan apabila melihat kejayaan sahabat baiknya itu.Tapi dalam kegembiraan ada juga kesedihan sebabnya lepas ni Kevin takkan stay sebelah rumah dia lagi.Kevin kene stay dengan U-KISS.Haihh , Kevin baru je kemas barang takkan dah rindu kot ? Macam mana lah bile die dah takde nanti..

"Dah , aku dah tolong kau kemas barang-barang kau..Spender2 tu kau kemas la sendiri ek...Bye" Kata Yuki sambil melangkah dengan sedihnya.
"Weh , weh.Aku ade something untuk kau ni.Yelah , bagi menghilangkan rasa rindu kau kat aku :)"Kata Kevin sambil menghulurkan teddy bear yang sangat comel kepada Yuki.
"Wah!Comelnya!"Teriak Yuki dengan gembira."Trimas yer!eh , patung busuk Hello Kitty tu pon kau nak bawak sekali ker?Soalnya sambil memeluk erat teddy bear pemberian Kevin"Nanti jangan lupakan aku tau Kevin.Mentang-mentang je kau dah nak jadi artis.Kalau kau lupekan aku, siaplah kau..Aku akan make sure kau nyanyuk selamanya"
"Yerla . ..Tak mungkin lah aku akan lupakan kau..."

3 tahun berlalu . . ..

U-KISS menjadi terkenal sejak kehadiran Kevin...Yuki agak terkejut melihat perubahan pada diri Kevin , kalau dulu dia nampak selekeh kini dia dah handsome.Excited jugak lah bile ada member handsome.Tapi ,dia juga sudah tidak menghubungi Yuki , apatah lagi nak balik rumah..Nampaknya dia Kevin semakin sibuk dengan kerjayanya.Mungkin juga Kevin sudah melupakan dirinya...Teddy bear pemberian Kevin itu ditenungnya tanpa berkelip.

"Eh little Kevin..Kevin dah lupekan aku lah.Macam mana ni?"Soal Yuki kepada teddy bear yang tidak bernyawa itu.Teddy bear itu cuma tersenyum sepanjang masa kerana tak bernyawa nak buat macam-macam ekspresi..Untung je Little Kevin tu senyum sepanjang masa.Kalau tak ..Ish mungkin akan berlaku perperangan yang meragut nyawa antara Yuki dan Little Kevin.Mentang-mentang lah Kevin dah takde , dengan Little Kevin pon jadilah..

"Kevin I Miss You Lhaaa!!!!!"Teriak Yuki dalam hati apabila terlihat Kevin di kaca TV rumahnya..Namun ekspresi sebenarnya di hadapan mamanya adalah muka bengang.
"Eh , U-KISS nak shoot kat tempat kita lah Yuki.Boleh lah jumpe dengan Kevin pujaan hati kau tu"Kata mamanya."Kau tak rindu ke zaman persekolahan kau dengan dia dulu?Aih besar dah budak tu yer..Kau tak rasa ke dia semakin macho?"Soal mamanya.
"Mama , dia tu penakut okey.Dah-dah lah puji dia.Dia bukannya Kevin yang kita kenal dulu..Kevin yang tu dah kerek!Menyampahlah"Kata Yuki sambil melepaskan geramnya kepada Little Kevin..
"Err, yelah tu.Mama tak percaya...Takkan lah kau tak rindu.Dulu-dulu kau langsung tak boleh nak berenggang dengan dia even korang suka sangat gaduh.Whatever yang korang buat mesti sama-sama even korang punye otak , pemikiran langsung tak sama."Bidas mamanya.
"Mama,It's been 3 years dia tak contact Yuki tau tak.3 YEARS are such a long time.Sekarang ni mama still nampak yang Yuki sehat walafiat kan?Tu maknanya Yuki boleh sangat hidup.Dulu tu cerita lama lah..Tak payah nak ungkit"Kata Yuki sambil mengeluh.."Okey la mama,Yuki nak pergi tengok-tengok Coffee House..Kalau jumpa Kevin, cakap je lah Yuki dah mati.Kalau dia tanya mana kuburnya , suruh dia gali sendiri dekat Pakistan."Kata Yuki tak berlapik..Tak pasal-pasal mamanya mengetuk kepala dengan senduk yang pantas dicapai ketika Yuki hendak keluar.."Hiduplah kau dengan jiwa yang kekosongan"

Ya , memang betul hidup Yuki kosong!

"Eh Young Min..Pe kes tiba-tiba kau muncul kat sini?Tak sibuk ke?mane Kwang Min?"Soal Yuki dengan pantas.
"Aku datang sini bukan nak cite pasal mangkuk sengal tuh..."Kata Young Min dan tiba-tibanya Kwang Min entah dari mana menyampuk"Eh eh mulut.Kau tuh yang super sengal taknak ngaku!"Marah Kwang min.
"Dah la tuh.Ape hal nye cepat la citer"Dengus Yuki.
"Erk , Kevin nak datang kedai kau ni.By the way , dia taktau lagi kedai ni kau punye.Aku dapat tau ni pon dari Dong Hyun hyung lar.Dia yang suruh aku bagitau kau.Dia takut kau kena histeria kat kedai kau sendiri.Tak pasal-pasal je kau kena penjara sebab menggila kat tempat awam..Tapi kan bagus jugak.Kalau kau kene penjara aman siket Seoul ni kan?Lebih bagus kalau kau kena masuk askar.Huh.Daebaknya hidup tanpa kau.."Kata Young Min sambil duduk dan kakinya disilangkan depan Yuki" Yuki , white Coffee please"Kata Young Min dengan action belagaknya. Kwang Min cuma menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat  muka Yuki yang seperti fenomena gunung berapi bakal meletus.."Tak guna punya abanglah..Dahlah jom balik!!"Kata Kwang Min sambil menarik tangan Young Min."Bai Yuki.Sampaikan salam cintaku kepada Kevin"

"Tidakkk!! Mengapa aku diseksa sebegini...Kalau aku mati kempunan tak dapat minum white coffee nanti aku salahkan kau Kwang Min.Malam ni kau tidur luar.Katil aku punye!!"Kata Young Min sambil menangis-nangis untuk dilepaskan.
"Ape kau ingat aku ni bini kau ke ?Kalau berani kau cakap lah dekat Dong Hyun hyung.Tak pasal-pasal kau yang kene tidur luar.Hah baru padan muka kau.Saat tu aku yang baik hati ni akan berpesta gembira menghumban baju-baju kau kat Bangladesh."Balas Kwang Min.

Setelah kembar bising itu beredar , Yuki pun meluahkan rasa syukur sesyukur-syukurnya kedainya tak meletup gara-gara amukannya.Tapi satu benda yang tak boleh disyukurkan lagi ialah kehadiran Kevin..Matanya membulat tatkala Kevin melangkah masuk ke dalam kedainya dengan gaya superstar yang agak menggoda keseluruhan pelanggan didalam cafenya itu.Baru 5 minit kembar tu blah terus mamat tu datang.Yah!Operasi membuli akan bermula.Idea kejam Yuki mula menerjah otaknya...Jaga-jagalah Kevin.

"Hyo Min.Today awak boleh ambil cuti.Biarkan saya mengambil alih tempat awak.Pergilah dating dengan boyfie awak ke.Mane2 jelah"Arah Yuki dengan tegasnya"Leave your uniform to me..Saya nak pergi 'goda' Kevin"Sambungnya lagi.
"Ah , okey boss!"Kata Hyo Min sambil memberi tabik."Yay! Dapat dating!Hooray!Baby here i come."


"Erm, encik nak minum apa ?" Soal Yuki kepada Kevin dengan hormat dan sopan santunnya.Sikap yang tak pernah ada pada dirinya selama ini.
"Saya nak minum apa-apa yang best dekat sini lah.Awak bagi jelah ape-ape menu pon.."Kata Kevin sambil menanggalkan spek mata hitamnya.."Kita pernah jumpa ke sebelum ni?Saya macam kenal awak lah."
Yuki menggetap bibirnya dengan perasaan geram ya amat..Dalam hatinya sudah habis dicaci makinya si Kevin ni.Dasar.Mentang-mentang kau dah jadi artis!Huh.Berlagaknya.Takpe-takpe , siap menu kau order tuh.Baru padan muka."Erm , maybe kite pernah jumpa kot..Dalam mimpi for sure" Balas Yuki sambil membuka langkah ke dapur dengan gaya waitress nya.Waitress je kot.Melebih-lebih nak masuk dapur pergi buatkan hidangan.Huh,macam-macam lah minah ni kalau otak dah penuh dengan idea jahat.

Separuh daripada kicap yang berada di dapur dicurahkannya ke dalam cawan diikuti pula dengan campuran sos cili serta tomato yang menjadi penyedap rasa.Berberapa sudu black pepper dan juga garam dijadikan penambah perasa kepada resepi baru yang direka olehnya..Sambil-sambil itu dia membebel"Ish , kalau aku bagi Young Min minum tadi kan best.Baru dia tahu penangan rasa resepi aku ni.Rugi betul dia balik awal.Nampak nya Kevin je lah yang merasa..Takpelah.Lain kali kan ade.Yes Yes! Dah nak siap"Kata Yuki sambil tersenyum sinis.Pekerja-pekerjanya cuma mengintai di sebalik langsir."Apalah nak jadi dengan boss kita ni.Menakutkan betul"Kata Min-Ah

Yuki meletakkan 'Kopi' istimewanya dihadapan Kevin "Please have it nice sir" Kata Yuki sambil duduk di depan-depan Kevin tanpa segan silu."The Best Coffee in this Restaurant"
Apabila Kevin bibir Kevin hampir melekat di cawan itu ,Yuki tersenyum sinis untuk kali keduanya.Senyuman kali ini lebih penuh makna "Padan muka kau"katanya di dalam hati...
"Hey! What kind off coffee ni! Berani awak buat macam ni..Cume Yuki je yang berani kenakan saya macam ni tau tak!"Jerkah Kevin.Dia terdiam seketika"Oh my , kau Yuki lah!! Yuki!!!!!!!"Kata Kevin sambil memeluk Yuki dengan eratnya macam anak yang terpisah dari bapak mak atok nenek segala bagai."Hoi , kau yakin ke aku ni Yuki?Main peluk-peluk aku tak tentu pasal pulak"Dengus Yuki yang sedikit bahagia.
"Hanya ada satu je Yuki gila dalam dunia ni"Katanya tanpa melepaskan pelukan.
"Gila ?Eh,eh!Tak pasal-pasal!Aku tak gila lah!"Balas Yuki
"Tengok!HAH.Kau Yuki la kan?Aphal kau bertambah comel ni?Ee geram lah aku tengok."Kata Kevin sambil merenung Yuki.
Yuki cuak direnung sebegitu"Apa yang comelnya."
"Kau bertambah gemuk!"Hahahahahaha!!!"Ketawa Kevin dengan girangnya apabila dapat mengenakan Yuki.

Yuki berambus dengan bengangnya.Dia pulang ke rumah tanpa menanggalkan uniform waitressnya itu.Bergaya sangat la tu kononnya.Bile ada mamat hon-hon mulalah nak mengamuk bengang sampai nak tercabut telinga arnabnya."Hey , pegi belah lah kau!"

"Mama!mama! I've met someone there mama!Kevin lha..Dia dah tak ingat Yuki sebab Yuki terlampau cantik tadi.Comel tak?"Soal Yuki sambil menggoyang-goyangkan telinga arnabnya.
"Comel?Alololo anak mama ni.Comel sangat-sangat.Patutlah Kevin tak kenal.Agak-agaknya Kevin pon malu nak mengaku kenal tadi.Kalau mama ada kat sana.Mama buat-buat tak kenal je"Bebel mamanya.
"Huh mama ni!Bukan senang Yuki nak acting comel mcm ni.By the way hari ni Yuki puas dapat kenakan Kevin..Hoorah!Mama patut beruntung dapat anak mcm Yuki"Kata Yuki sambil meloncat-loncat.
"Dulu aku takde pun macam ni.Agak-agak ikot perangai daddy nye lah kot.Sabo je lah"

Dari bilik Yuki , kedengaran suara-suara yang agak membisingkan.Oh baru lah Yuki tahu , Kevin bawak balik member-member U-Kiss sekali.Alah , susah betul lah nak tidur kalau macam ni.Dengan pantasnya Yuki menjenguk keluar.

"Yah , diam lah sikit.."Kata Yuki sambil menggosok-gosok matanya.Little Kevin tidak dilepaskan dari pelukannya
"Kevin..Siapa ni.Dia ni nampak menakutkanlah..Halau dia cepat."Kata Kiseop sambil memeluk bantal milik Kevin.
"Woi , kau ingat ni rumah moyang kau nak halau-halau aku hah?Aku suruh diam je pon.Aku nak tido la.Dah lah suara ketawa sapa ntah tadi.Macam pontianak.Lagi menyeramkan.Kalau aku mengigau kacau korang tengah malam buta nanti jangan salahkan aku."Kata Yuki dengan panjang lebar.
"Err , rasa aku.Yang gelak macam pontianak tu mamat ni."Kata Eli sambil menunjuk ke arah Kiseop.."Yups , aku gelak macho jer.."Sokong DongHo..

Tiba-tiba Kevin keluar dengan muka innocentnya bersama bantal busuk Hello Kitty miliknya.

"What's happen?Yuki?Wae?"Soal Kevin.
"Erm nothing lar..Comel bantal busuk kau..Berapa tahun tak basuh?"Soal Yuki kepada Kevin.
"Ade la dalam 3 tahun..Tapi aku tak pernah lupa nak spray minyak wangi tau.Cuba cium."Hulur Kevin.
Yuki menutup hidungnya"Takpe ah.Trimas je lah.Aku tak terhingin nak bau.Mengerikan.Tak pasal-pasal je aku boleh mati free nanti.Suka la kau." Kata Yuki sambil memukul Kevin dengan Little Kevin.
"Woah, kau amat menghargai pemberian aku eh?Setiap malam mesti kau tido dengan bear ni kan?Alah , rindu aku rupanya minah ni."
"Teruskan perbicaraan anda kalau nak kene penyepak free.Aku suka peluk benda ni sebab benda ni gebu.Tu je."Cover Yuki..

Member-member Kevin yang lain cuma memerhati tanpa sebarang kata-kata sejak dari tadi..Tiba-tiba je AJ menyampuk "Sungguh indahnya bintang berkerdipan tatkala dua hati sedang bersatu..Bermesra di langit yang penuh warna warni"
So Hyun tergelak besar mendengar madah pujangga si mamat yang agak macho tu.Nak kata perli ,boleh tahan.Tapi nampaknya dah menjadi bahan lawak pulak bile dongho menyambung "Burung-burung yang terbang , seumpama membawa mimpi serta impian ku untuk bersamamu sayang ~"Kata Dong Ho kepada Aj.
"Err , korang..Okey tak ni?"Soal Kevin."Aku rasa korang lebih baik tidur.."Sambungnya lagi..
"Err laparlah pulak :( nak keluar makan lah"Kata Yuki."Menyampah tengok korang"

Setelah Yuki hilang dari pandangan , Kevin pun terus memaksa member-membernya untuk tidur.Tak boleh blah.Macam budak-budak nak kena paksa-paksa tidur.Lebih-lebih lagi Kiseop.Siap suruh bacakan bedtime story lagi.Last-last Kevin pun ketukla kepala mamat tu dengan buku cerita Alice in the Wonderland..Akhirnya semua member-member dah tidur..
"Rasa macam aku ni bapak dorang je ==".Huh , jatuhlah saham aku kalau macam ni.Mujurlah muka aku macho even terpaksa jadi daddy tipu-tipu dorang"Kata Kevin sambil membelek-belek mukanya di cermin dengan perasannya."Oh yeah , Yuki nak keluar makan kan?Oyeah yeah.Aku nak ikut dia lah."Kata Kevin di dalam hati..

"Omma , Kevin keluar dulu!"Kata Kevin kepada ommanya."Kevin nak skodeng Yuki"
"Gatal betul sejak dah besar ni"Balas mamanya.

"Yuki.Yuki!"Teriak Kevin.
"Kau pesal?Aku tengah lapar ni.Jangan sampai kau pon aku telan sekali.Tak pasal-pasal tak sempat berbini kau karang"Balas Yuki sambil melahap makanan yang berada di mejanya.
"Alah , kau telan aku , kau yang tak sempat nak berlaki.Bukan kau nak kawen dengan aku ke ?"Kata Kevin sambil mengenyitkan matanya sehingga Yuki yang gelojoh itu tercekik.
Dengan pantas ice lemon juicenya dicapai "Kau memang nak aku mati ke?Tolong lah!Kenapa kau balik sini semula?Patutnye kau tak payah nak balik-balik sini dah.Menyampah dengan kau."Kata Yuki
"Dah rumah aku kat sini.Nak buat macam mana.Aku pun taknak jumpe kau sebenarnye.Tapi hati aku ni tak tenang bile tak jumpe kau.So let's fight heart to heart la."Jawab Kevin selamba sehingga Yuki terdiam.

Kevin dan Yuki pulang bersama-sama seperti biasanya.Walaupun mereka bergaduh mereka tetap akan bersama-sama walaupun tiada sebarang kata-kata sebagai penghubung bicara.Tin-tin minuman yang bersepah-sepah disepak oleh Kevin sehingga terkena dengan tepatnya di kepala Yuki.Tibe-tibe je tinggi die melambung.Daebak kan?

"Kau ni kenapa?Sejak akhir-akhir ni kau suka sangat cari pasal dengan aku.Akhir?Erk , mean sejak kau balik sini lah.Dulu takde pon macam ni.Benci lah."Kata Yuki.
"Aku cari pasal sebab kau taknak cari pasal lah.Aku bosan.Kau macam dah berubah je dengan aku."Kata Kevin sambil menundukkan wajahnya.Jelas wajahnya yang agak sedih dengan Yuki.
"Err , tak lah.I just miss you a lot.And kau langsung tak contact aku.Ingat kau dah lupe aku..Aku bosan bile kau takde.Sebenarnya sunyi tau tak"Kata Yuki.
"Erk , Yuki..Nak jadi girlfriend aku tak ?"Tanya Kevin dengan seriusnya.
"Hey.Jangan nak melebih-lebih pulak.Ni aku tak suka bila dah berterus terang ni.Over lah kau.Dari dulu kau selalu tanya macam ni.Tak suka lah."Kata Yuki.
"Alah , itu zaman yang tak patut dikenang :D.Aku series ni.Kite sepatutnye focus pada masa hadapan.Nak jadi wife aku tak?"Soal Kevin.
"Apasal pulak?Carilah orang lain.I'm only just your BESTFRIEND..In this world , banyak lagi perempuan yang cantik-cantik.Yang comel-comel..Lebih-lebih lagi kau dah popular sekarang ni..Comfom-comfom boleh dapat yang tip-top."Kata Yuki dengan bersungguh-sungguh.
"Tapi kan.Kau perasan tak?Kita ni tak boleh berpisah kalau jumpe sebenarnya..So apa salahnya.Kita boleh cuba kan?Kalau tak boleh jugak.Kita boleh terus jadi kawan?"Kata Kevin sambi merenung Yuki sepenuh hati.
"Err , maybe.Just try."Balas Yuki."Tapi bersiap sedia lah kau .Aku buli kau banyak-banyak nanti"Kata Yuki.
"Alah , macam lah tak biasa.Kau memang selalu buli aku pun..Dah lama tak kena buli sumpah rindu."Balas Kevin sambil tersenyum."Ahh , kalau lah kita dapat sama-sama macam dulu setiap masa kan best."Sambungnya lagi.

"Woahhh!!!! Kevin dah ada yeoja lahh!"Teriak Kiseop.
Rupa-rupanya tanpa disedari , Kevin telah diSTALK oleh member-membernya.Muka Kevin menjadi merah menyala.Dengan pantasnya Kiseop dikejar sekuat hati.Aneh jugak.Macam manalah diorang boleh jumpe Si Kevin dengan Yuki ni.Kacau line je.

Flashback::

"DongHo,AJ , Hoon,So Hyun.Cepat bangun.Kevin keluarlah.Jom ikut dia nak tak.Mesti Best?"Cadang Ki Seop
"Ohh , beres-beres"Sahut Dong Ho dan lain-lain..

Mereka semua menuruni anak tangga dengan perlahan-lahannya dan mencuri dengar perbualan Kevin bersama ommanya.Mereka seperti dapat menangkap sesuatu.
"Yuki?Awek sebelah rumah tadi ke?"Soal AJ
"Ah , yelah kot.Yang ganas giler tuh.Takut aku"Jawab Ki Seop.
"Eh pontianak.Kau diam sikit lah.Nanti Kevin perasan.Cakap tu perlahan sikitlah.Apahal kau tak cakap guna mike je?"Kata Dong Ho.Lolipop perisa blueberry itu pantas dikeluarkan dari mulutnya."Aku ketuk kepala kau laju-laju karang"
Hoon dan juga Soo Hyun tidak banyak mulut.Mereka cuma mengikut apa yang dirancang oleh Ki Seop.

***

"AHH! Patot jelah aku rasa lain macam je tadi! Teruk lah korang ni.Malam ni korang tidur luar!"Marah Kevin.

Ki Seop merayu-rayu meminta maaf kepada Kevin bagi pihak AJ , DongHo dan lain-lain.Walaupun Kevin terasa lucu , namun dia tetap berpura-pura keras hati."Takde!Tidur luar!"Kata Kevin sambil menghempas pintu rumahnya..Mujurlah Yuki yang tiba-tiba baik hati datang untuk menolong mereka berlima."Hey , tidur kat rumah aku jelah..Ada bilik kosong.."Kata Yuki sambil menghulurkan tangan."Dah-dahlah.Kevin gurau je tu"Pujuk Yuki.

Malam itu , Kevin tidur dengan memeluk Hello Kittynya.Begitu juga dengan Yuki dan Little Kevinnya..Moga-moga hari esok cerita cinta mereka lebih indah.

No comments:

Post a Comment