Sunday 4 December 2011

Fanfiction 3 :My Heart Belong To You

Title:My Heart Belong To You
Artists Involved:Kim Myung Soo (Infinite) , Park Ji Yeon (T-Ara) , Jessica (SNSD) Jeon Boram (T-Ara)
Main Character:Kim Myung Soo , Park Ji Yeon , Jessica
This Fanfiction : Is belong to Ryo Chiyoko

Saat itu , bintang-bintang di langit berkelip dengan indahnya tatkala jejaka yang bernama Myung Soo terbaring di atas sebuah bangku di sekitar taman permainan kanak-kanak di kawasan perumahannya.22 April 2011 , tarikh itu merupakan tarikh yang paling dikenangnya seumur hidup di mana dia telah dipermainkan oleh seorang wanita yang amat dicintainya.Sedetik pun dia tidak akan melupakan gadis itu iaitu gadis yang sentiasa menghiburkan hatinya tatkala hatinya berasa sedih.Setiap saat indah yang dikongsi bersama menjadi kenangan buruk dalam sekelip mata apabila Myung Soo menyedari bahawa Jessica telah meluahkan perasaannya kepada Hoya di saat dia menantikan ucapan hari lahirnya pada hari itu.Hatinya terasa tidak dapat dipulihkan lagi setelah luka yang dihadiahkan oleh Jessica begitu membekas di hatinya sehingga kini dia dikenali sebagai seorang kasanova yang tidak berperasaan yang sentiasa memainkan perasaan gadis .Walaupun dia sentiasa memaksa diri untuk melupakan gadis itu namun hatinya tetap mengatakan bahawa dia masih mencintai Jessica.

"Myung Soo , Myung Soo!"Teriak Ji Yeon yang dikenali sebagai kekasih baru nya."Awak buat apa kat sini?Penat saya cari awak tau tak."Bebel Ji Yeon.
"Ah , saya memang biasa lepak dekat sinilah.Dah2, awak jangan risau.Kan sekarang awak dah jumpa saya?"Kata L sambil merenung Ji Yeon dengan perasaan yang penuh serba salah.Ji Yeon begitu mengambil berat tentang dirinya namun dia cuma boleh memberikan cinta yang palsu.
"Teringat dekat Jessica ye?"Soal Ji Yeon dengan riak wajah ceria yang dibuat-buat untuk mengaburi mata Myung Soo tentang kesedihannya yang dirasainya."Takpelah , saya cuma nak cakap Happy Birthday."Sambung Ji Yeon sambil mengucup dahi Myung Soo dengan penuh kasih sayang sehingga Myung Soo mengalirkan airmata.Dia tidak pernah menyangka bahawa Ji Yeon begitu ikhlas sekali terhadap dirinya.
"Terima kasih Ji Yeon."Kata Myungsoo lantas menggenggam tangan Ji Yeon dengan erat."Mari saya hantarkan awak balik.Nanti esok macam mana nak pergi sekolah kalau lambat bangun."Kata Myung Soo sambil mengesat airmatanya.
Ji Yeon cuma mampu menghulurkan sapu tangan kepada Myung Soo"Myung Soo ah!Jangan lah nanges.Nanti saya pun nak nanges bile tengok awak nanges."Kata Ji Yeon yang turut mengalirkan airmata.

Cahaya lampu yang begitu terang menyinari mereka berdua dengan gelak tawa yang tak henti-henti.Pertama kalinya Myung Soo ketawa dengan bahagia pada hari lahirnya.Dia juga tidak menyangkan bahawa Ji Yeon mampu membuatkan dirinya terhibur di saat dirinya tak mampu lagi berdiri dengan betul di dalam dunia ini.Telatah Ji Yeon yang kelam kabut dan comel sentiasa membuatkan dia tersenyum.Hari demi hari , dia jatuh hati pada Ji Yeon tanpa disedari.Namun tidak pernah sekali pun dia menyatakan cinta kepada Ji Yeon.

Di sekolah...

"Hey!Ji Yeon.Mana Myung Soo?"Soal Boram  sambil menyergahnya dari belakang.
"Hoi kau ni memang ada niat nak bunuh aku ke ?Aku nak hidup lagilah.Dia ada dekat bumbung sekolah kot."Kata Ji Yeon."Erm , apa kata kau teman aku pergi cari dia?Boleh tak?"
"Of course.Aku tak kesah pun.Lagi pun lepas ni kan kelas PJK.Baik aku skip je.Malas betul nak tukar baju"Kata Boram sambil mendengus dan mencuit-cuit pipi Ji Yeon dengan gaya comelnya."Eh , kau tau tak Jessica baru clash dengan Hoya.Nampaknya macam aku ade peluang je.Tapi dengar cite die tengah try nak dapatkan Myung Soo balek.Baik kau hati-hatiHahaha"Kata Boram sambil ketawa yang dibuat-buat sehingga Ji Yeon terkaku.Mungkinkah Jessica akan berbalik kepada Myung Soo ?

Ji Yeon dan Boram berkejar-kejaran sambil bergurau senda sehinggalah tiba di bumbung sekolah.Setibanya dia di situ , dia mendapatkan Myung Soo yang sedang lena di satu sudut yang agak teduh.Tanpa membuang masa dia mengorak langkah dengan laju sehingga rambutnya yang disikat rapi itu berterbangan ditiup angin.Saat itu juga sekeping kertas telah melayang tepat-tepat di mukanya sehingga dia menjerit terkejut.Dengan pantasnya dia memanggil Boram sehingga Myung Soo terbangun dari mimpinya..

"Waeyo?!"Soal Boram sambil mengambil kertas yang terlekat di muka Ji Yeon.Apabila dia terlihat Myung Soo dengan pantasnya dia melambaikan tangan dengan segaris senyuman kepada Ji Yeon.
"Ji Yeon?Macam mana awak tahu saya dekat sini?"Soal Myung Soo sambil menggosok-gosok matanya.
"Awak tau tak , sebelum kite kapel ni saya selalu stalk awak.Jadi awak tak perlu hairan lah saya tahu.Awak tahu tak Myung Soo, saya rasa bersyukur sangat dapat bersama dengan awak walaupun sebenarnya saya tahu hati awak tak ada pada saya pun kan?"Kata Ji Yeon sambil merenung awan yang semakin kelabu."Saya tau awak still sayang kan Jessica.Jadi kalau awak nak balik semula dengan dia saya tak kisah asalkan awak bahagia saya turut gembira."Sambungnya sambil melemparkan senyuman yang tak mungkin Myung Soo akan lupakan.
"Saya mintak maaf pada awak Ji Yeon..." Kata Myung Soo tanpa menjelaskan sebab atas maafnya itu.Dengan pantasnya dia berlalu pergi meninggalkan Ji Yeon sendirian di bumbung.Ketika itu juga airmata Ji Yeon mengalir tanpa segan silu.Baiklah , semuanya berakhir disini..

Sedang Myungsoo berjalan menuju ke arah kantin tiba-tiba dia disapa oleh Jessica "Hey , Myung Soo.."
"Erm hai"Balas Myung Soo endah tak endah.Sesungguhnya perasaannya pada Jessica telah pudar sepenuhnya sejak bertemu dengan Ji Yeon.
"Wah , awak dah jadi lain lah Myung Soo...Kenapa awak macam ignore saya je?"Soal Jessica
"Erm perlu ke aku ungkit balik sebab aku ignore kau sekarang?You've left me being alone!Mainkan perempuan."Balas Myung Soo."Kau tak pernah tau ke rasa sakit ?Aku sayang kau sepenuh hati.Tapi kau tak pernah hargai.Tapi takpe , aku anggap kita memang takde jodoh.Asal kau bahagia"Balas Myung Soo
"Awak masih sayang saya?"Soal Jessica
"Yups , betul .Saya sayang awak sangat-sangat.Tapi saya nak awak tau yang itu adalah perkara yang lepas.Dan sekarang perasaan tu dah hilang setelah saya jumpa seseorang..Saya rasa awak pun tau siapa orangnya."Balas Myung Soo sambil merenung tin kopi yang berada ditangannya.Setelah itu , dia pun beredar untuk mencari Ji Yeon..

Myung Soo menjadi begitu serba tak kena apabila dia tidak menjumpai Ji Yeon di mana-mana termasuklah bumbung yang menjadi lokasi pertemuan mereka yang terakhir.Dengan resahnya dia berlari sehingga terlanggar Hoya yang sedang membaca komik sambil berjalan.
"Cari Jessica ke bro?"Soal Hoya."Jgn lah kelam kabut sangat.Dia ada dengan Ji Yeon dekat padang sekolah."sambungnya lagi.
"Err thanks ya bro.Aku blah dulu"Kata Myungsoo sambil berlalu pergi.

Setibanya di padang , Myung Soo tidak juga menjumpai Ji Yeon.Hatinya tertanya-tanya di manakah hilangnya Ji Yeon.Tanpa membuang masa , dia menuju ke pejabat dengan segeranya tanpa memperdulikan guru-guru yang berada di dalam.Tangannya dengan pantas mencapai mike yang kebiasaannya digunakan untuk membuat pengumuman mencari Ji Yeon.Senang siket , tak payah susah-susah nak terlari-lari macam kucing hilang anak.

"Ji Yeon!Mana awak Ji Yeon!Keluarlah cepat!Saya penat cari awak ni." Teriak Myung Soo.
Ji Yeon yang berada di dalam tandas agak terkejut dan dengan segeranya naik ke pejabat untuk mendapatkan Myung Soo.
"Hey.Apa awak buat ni Myung Soo.Saya ada kat sini lah."Kata Ji Yeon sambil menarik tangan Myung Soo keluar daripada pejabat tersebut apabila mereka berdua telah menjadi perhatian para guru"Cikgu-cikgu semua , kami berdua mintak maaf.Myung Soo ni demam 40 darjah celcius hari ni.Doktor cakap otak die mungkin tak berfungsi dengan betul.Saya dah suruh die jangan datang sekolah tapi dia degil"Sambung Ji Yeon sambil mengangkat tangan kanannya sebagai isyarat untuk beredar.
"Mana awak pergi ?"Soal Myung Soo dengan muka comelnya.
"Err , tandas.Niat nak melepas tak jadi tau tak!"Balas Ji Yeon.
"Sorry .Sorry."Balas Myung Soo dengan malunya."Err , ada something yang saya nak cakap ni"Sambungnya.
"Ape bendenye?Mintak maaf lagi ke ?Tak payah lah Myung Soo.Saya ikhlas lepaskan awak.."Kata Ji Yeon sambil merenung Myung Soo.
"Betul , saya nak mintak maaf"Jawab Myung Soo.Ji Yeon cuma tersenyum hambar."Saya nak mintak maaf,sebab saya tak boleh lepaskan awak.Saya sayang awak.Saya cintakan awak"Sambung Myung Soo.

Ji Yeon terdiam , jantungnya berdebar-debar dan mukanya menjadi merah.Begitu juga dengan Myung Soo.Tanpa disedari , Jessica yang menjadi pemerhati secara diam-diam terkesima dengan apa yang dilihatnya.Pertama kali dia melihat Myung Soo meluahkan perasaan kepada gadis selain dirinya.Jessica berasa agak sedih namun , dia juga berasa bersyukur kerana Myung Soo sudah bertemu dengan orang yang betul-betul mencintai dirinya.Hatinya berasa lega dan bebas daripada rasa bersalah kerana meninggal kan Myung Soo suatu ketika dahulu.

"Kalau saya masih bersama Myung Soo , saya tak jamin dia akan merelakan saya untuk pergi."Kata Jessica kepada Hoya.
"Awak sedang menyeksa diri dan dia jugak.Kenapa awak tak terus terang je pasal penyakit awak kat Myung Soo"Soal Hoya.
"Saya harap dia dapat membenci saya..Kalau saya dah takde nanti , everything will be alright maybe.Saya taknak tengok dia sedih.Doktor ada cakap , peluang untuk saya mendapatkan penderma jantung ni susah sangat.Saya cuma boleh membilang hari je lagi."Balas Jessica.
"Baiklah , memandangkan awak ni kawan saya.Saya setuju untuk couple dengan awak..Saya akan simpan rahsia awak"Kata Hoya sambil menenangkan Jessica.Hatinya juga berasa berat untuk menyakiti Myung Soo.Namun apakan daya memandang kan itu adalah permintaan terakhir Jessica.

"Hoi minah!Kau buat ape kat sini?Stalk dorang ker?"Sergah Boram sambil mengangkat-ngangkat keningnya.Jessica agak terkejut dan berkata "Eh , kebetulan jer lah aku kat sini.Aku tertinggal something."Balas Jessica.

Tengahari itu berlalu dengan sepinya sehinggalah petang menjelma.Jessica mengeluarkan headphonenya dan memainkan lagu FT Island di handhonenya yang bertajuk You Are My Love.Setelah itu , dia melangkah keluar dari kelas dengan langkah yang begitu perlahan.Takdir menemukannya dengan Myung Soo di tepi jalan ketika dia pulang dari sekolah.Namun kehadiran Myung Soo seperti tidak membawa apa-apa kebahagiaan buat dirinya..Dengan pantasnya dia melintas dan tanpa disedari sebuah kereta menuju ke arah nya..

Tubuh Jessica tercampak ke tepi jalan.Seseorang telah menyelamatkannya iaitu Ji Yeon..Saat itu , tubuh Ji Yeon berlumuran dengan darah dan tak mampu untuk bangun lagi.Di dalam dakapan Myung Soo Ji Yeon mengukirkan senyuman...Jessica berlari untuk mendapatkan Ji Yeon namun sebelum sempat  mendapatkan Ji Yeon dia rebah di jalanan kerana dirinya sudah semakin lemah.

"Myung Soo , janji dengan saya.Jaga Jessica elok-elok..Dia amat perlukan awak..Saya tak rasa lagi saya dapat bertahan.Jadi saya harap , awak terima Jessica semula dalam hidup awak"Kata Ji Yeon sambil menahan sesak di dadanya."Setiap saat saya bersama awak tak mungkin saya dapat lupakan.Saya tak pernah menyesal kenal dengan awak."Sambung Ji Yeon sambil menghembuskan nafasnya yang terakhir.Airmata Myung Soo mengalir dengan lajunya..

Di Hospital...

"Aku kat hospital ke ni?"Kata Jessica kepada dirinya sendiri.Tiba-tiba dia terpandang akan Myung Soo yang lena di sebelahnya.."Aphal dia dekat sini.Ah ya! Ji Yeon!Mesti cari Ji Yeon."Sambung Jessica sambil mencari-cari Ji Yeon..
"Awak cari siapa Jessica?" Soal doktor yang berada di situ.
"Ji Yeon!"Jawabnya sepatah.
Doktor tersebut menggelengkan kepalanya sehingga menimbulkan rasa ingin tahu Jessica"Jessica , Ji Yeon dah tak ada...Dia dah pergi meninggalkan dunia ni."Kata Doktor yang dikenali sebagai doktor Kim itu."Kalau awak nak tahu , dia dah dermakan jantung dia kepada awak.Awak boleh hidup dengan normal lepas ni.."Sambungnya lagi sehingga airmata Jessica tidak dapat ditahan lagi.Saat itu terngiang-ngiang kata-kata Ji Yeon di telinganya..

"Saya tahu korang berdua still sayang antara satu sama lain..Awak tak boleh tipu saya Jessica.Myung Soo pun sama."Kata Ji Yeon.
"Myung Soo sungguh cintakan awak.Saya kenal Myung Soo Ji Yeon..Percayalah."Balas Jessica.
"Boleh tak tunaikan satu permintaan saya untuk menghilangkan rasa bersalah ni?"Soal Ji Yeon.
"Saya tak harap awak suruh saya kembali pada dia.Saya tak mampu berikan kebahagiaan untuk dia.Saya tak mungkin boleh hidup lama selagi tak jumpa penderma.Awak jagalah Myung Soo"
"TAK BOLEH!Orang tu mesti awak jugak!Saya tak boleh.Janji lah dengan saya"Kata Ji Yeon sambil merayu sehingga menimbulkan rasa aneh dalam hati Jessica.

Kini baru Jessica tahu mengapa Ji Yeon berbuat demikian."Baiklah Ji Yeon.Saya akan penuhi permintaan awak"Kata Jessica dalam airmata.Myung Soo yang tadinya terlelap kini terjaga.."Jessica.."Katanya lantas memeluk Jessica dengan eratnya."Ji Yeon dah takde lagi.Macam mana saya nak teruskan hidup lagi.."Dengan pilunya Jessica membalas"Takpe , saya akan sentiasa ada disisi awak bersama jantung Ji Yeon yang berdegup dalam diri saya...Demi tunaikan permintaannya saya takkan pernah tinggalkan awak lagi.."Kata Jessica.."Asal awak tahu , saya tak pernah menyesal kenal dengan awak.."Sambungnya lagi..

Kata-kata Jessica membuatkan Myung Soo terpaku..Dia teringat akan kata-kata terakhir Ji Yeon."Ji Yeon...Awak masih disini.."Kata Myung Soo.Jessica merenung Myung Soo dengan wajah yang aneh.."Hey , i'm Jessica."Kata-kata Jessica membuatkan Myung Soo tersentap namun dia dapat merasakan bahawa Ji Yeon berada di dalam diri Jessica...

"Saya janji akan mencintai awak sepenuh hati.Saya harap awak dapat terima saya balik"Balas Myung Soo apabila dia teringat akan janjinya kepada Ji Yeon.




No comments:

Post a Comment